Artis One-Punch Man, artis Witch Hat Atelier dan ramai lagi pelukis manga lain telah berkumpul untuk menghasilkan kolaborasi baharu antara untuk superhero dan penjahat Marvel!
Secara khususnya, Viz Media mengumumkan projek ini semasa New York Comic Con di mana mereka akan melancarkan koleksi khas yang digelar Marvel Comics: A Manga Tribute pada musim panas akan datang.
Walaupun belum ada tarikh keluaran untuk koleksi itu, Viz Media telah mendedahkan beberapa visual yang mempamerkan wira Marvel Spider-Man, Black Bolt, Doctor Strange, Wolverine dan Ms. Marvel selaku watak yang bakal membuat kemunculan di dalam format komik Jepun.
Buat masa ini, hanya dua projek yang disahkan iaitu “Spider-Man: Fake Red” oleh Yusuke Osawa dan “Wolverine: Snikt!” oleh Tsutomu Nihei.
Nama yang saya sebutkan tadi sebenarnya sedikit kerana Viz Media sebenarnya telah mengumpulkan 20 artis secara total untuk Marvel Comics: A Manga Tribute. Walaupun barisan artis penuh masih belum didedahkan.
Antara yang disahkan termasuk pelukis One-Punch Man Yusuke Tabata yang juga akan menghasilkan manga Spider-Man manakala pencipta siri Witch Hat Atelier Kamome Shirahama bagi manga Captain Marvel.
Shigeto Koyama pula akan terlibat dalam projek manga Black Bolt (pernah bekerja bersama Studio Trigger untuk Promare, Star Wars: Visions, Big Hero 6), dan Sana Takeda aka hasilkan manga Dr. Strange (terkenal dengan Monstress, dan pernah bekerjasama dengan Marvel Comics dalam projek Venom, Civil War II dan banyak lagi).
Seperti yang korang tahu, konsep superhero telah menjadi idea yang semakin meluas di kalangan pelukis manga sejak beberapa tahun kebelakangan ini (terutamanya dengan kemunculan My Hero Academia), hingga ia telah munculkan banyak lagi kolaborasi menarik antara Marvel dalam medium manga. Antara hasilnya adalah seperti mendiang Kazuki Takahashi (pencipta Yu-Gi-Oh) yang melukis Iron Man versi manga.
Jadi superhero atau penjahat Marvel manakah yang anda mahu lihat dalam bentuk manga? Jom kongsi pendapat korang di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang manga, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post