Sempena pelancaran Marvel’s Wolverine di PlayStation 5, kami disajikan dengan sebuah diorama istimewa yang membawakan sentuhan unik Malaysia. Pakar diorama dan pencipta kandungan tempatan, Eddie Putera, telah bekerjasama dengan Marvel bagi menghasilkan karya yang diinspirasikan daripada Madripoor; salah satu lokasi utama dalam game ini.

Dalam jalan cerita Marvel, Madripoor merupakan sebuah pulau bebas tanpa undang-undang yang terletak di rantau Asia Tenggara. Suasananya menampilkan kontras antara kemewahan pencakar langit di Hightown dan lorong-lorong usang di Lowtown. Lokasi ini cukup sinonim dengan kisah Logan, menjadi pangkalan utamanya setiap kali mutan tersebut beroperasi secara rahsia di bawah identiti samaran, “Patch.”



Karya Eddie kali ini memfokuskan kepada suasana di kawasan pasar Lowtown, menggabungkan elemen dunia Marvel dengan butiran yang pasti terasa dekat dan cukup dikenali oleh rakyat Malaysia.
Nama Eddie Putera sendiri memang sudah lama terkenal di dalam mahupun luar negara atas kehebatannya meniup ‘semangat’ serta menghidupkan suasana yang begitu realistik dalam setiap miniatur ciptaannya.
Melihat lokasi komik legenda ini dilahirkan semula menerusi sentuhan artis tempatan membuatkan Marvel’s Wolverine terasa lebih istimewa di hati kami. Buat para gamer yang tidak sabar untuk menyelami aksi brutal Logan, anda boleh mendapatkan game ini sekarang.









Discussion about this post