Walaupun berlangsung pada waktu sama seperti event tahun lepas, iaitu semasa minggu 5/5 yang kebetulan sama dengan elemen 5v5 gameplay, event pada minggu ini dianggap sebagai Golden Week di dunia Arena of Valor (sambutan cuti kebangsaan di Jepun)!
Celebrate Golden Week in Arena of Valor from May 1st to 5th with the 5.5 Valor Fest event!
Complete tasks to earn free skins.#AoV #ArenaofValor https://t.co/WyG1RcoQ9Y pic.twitter.com/frZBWaYpQ2— Arena of Valor (@ArenaofValor) May 1, 2019
Valor Fest tahun ini menggunakan format yang sama seperti event sebelum ini. Token diberi untuk tugas seperti log in, dan bermain pelbagai game mode. Token ini kemudian ditukar antara pilihan 1, 5, atau 20 untuk token hero/skin, magic crystal, dan pilihan skin pemain inginkan. Seperti biasa, ada limit untuk beberapa kali pemain boleh tebus pada dua ganjaran yang mahal ini, tetapi pemain boleh redeem seberapa banyak token hero/skin mereka mahu!
Celebrate Golden Week in Arena of Valor from May 1st to 5th with the 5.5 Valor Fest event!
Play any hero in the game this weekend!#AoV #ArenaofValor https://t.co/WyG1RcoQ9Y pic.twitter.com/IsYme2K0DL— Arena of Valor (@ArenaofValor) May 3, 2019
Selain itu, ganjaran bagi Xeniel’s Codex Chapter 6 akhirnya didedahkan! Dua tarikan utama Xeniel’s Codex Chapter 6 ialah skin Space Ronin Riktor dan skin Imperial Blademaster Quillen. Boleh didapati pada Level 30 dan Level 60, ini ialah satu yang pasti menarik minat mana-mana peminat Star-Wars kerana bilah senjata mereka yang menyerupai lightsaber.
Xeniel's Codex Season 6, is now available!
#AoV #ArenaofValor https://t.co/WyG1Rc7eLo pic.twitter.com/7dBiLZA4wi— Arena of Valor (@ArenaofValor) April 29, 2019
Sebagai ganti kerana tiada hero eksklusif, pemilik Elite Codex akan menerima Hero Selection Chest pada Level 1 dan Level 20. Chest pertama memberi pilihan Zill, Arduin atau Murad, dengan yang kedua memberi Wisp, Max atau TeeMee. Ganjaran lain ialah EVO Crystal, item skin customization, arcana chest, skin token, dan avatar. Anda juga boleh menjimatkan beberapa ratus voucher agar pemain boleh top up pada Codex Chapter bulan depan. Pandai eh mereka!
Pada masa yang sama, hero terbaru untuk membuat kemunculan di Arena of Valor ialah wanita muda bernama Ishar. Ishar memakai sebuah kot yang anggun, gaya rambut double braid yang comel, dan sebuah.. makhluk… di atas kepala. Ya, ada makhluk di atas kepalanya.
Susah bagi saya untuk mengumpul maklumat pada video yang bahasanya saya kurang faham, tetapi sumber mengatakan bahawa beliau memegang watak Mage/Support yang bergantung kepada haiwan jinaknya untuk memanipulasikan kebolehan unsur batunya. Masih tiada tarikh rasmi untuk keluarannya tetapi siap sedia lah untuk beberapa skin comel nak mateyy nanti apabila keluar.
Sumber –TouchArcade
@gamersantaimy
Discussion about this post