Untuk tahun kedua secara berturut-turut, kempen Here’s to the Dreamers kembali untuk memberi penghormatan kepada bakat luar biasa di Asia Tenggara yang berani meninggalkan jejak di dunia dengan visi unik mereka untuk menghasilkan pelbagai medium.
Di seluruh App Store, Apple Music dan aplikasi Apple TV, Apple mempamerkan para kreatif, pembangun dan artis yang telah mencabar norma dengan semangat, kreativiti dan keazaman yang tidak henti-henti, dengan berkongsi kisah kejayaan mereka untuk memberi inspirasi kepada semua orang bagi mula merealisasikan impian mereka sendiri.
Berikut adalah antara kisah mereka:
DreamChaser
Phuc Pham dan Hiep Tran ialah pembangun muda dari Vietnam dan pencipta di sebalik DreamChaser, iaitu game endless runner berseni piksel pertama dalam sejarah Vietnam. Phuc berani keluar dari universiti untuk meneruskan pembangunan game ini secara profesional, dengan bekerja sepenuh masa sambil membangunkan DreamChaser dan menjalankan halaman YouTube-nya, di mana dia berkongsi perjalanan pembangunan game tersebut dengan lebih 30K subscriber.
DreamChaser menceritakan kisah tentang melarikan diri dari tekanan kehidupan bandar untuk kembali ke tempat yang tenang. Ia melambangkan keinginan untuk melepaskan diri daripada kekangan kerja dan menerokai Dinasti Nguyen, lengkap dengan makhluk mitos, pakaian tradisional dan haiwan peliharaan yang sangat comel.
Melancarkan game itu tidak mudah bagi mereka. “Apabila saya memuat naik video tentang DreamChaser ke YouTube, sebilangan besar orang mula bermain. Masa itu juga saya menerima sejumlah besar laporan bug daripada pengguna, “kata Duy. “Saya penuh dengan kegembiraan, keterujaan dan keperitan menguruskan semua bug itu. Tetapi melihat pemain menikmati game kami dan mencipta kandungan sendiri berdasarkan kerja kami adalah sangat memuaskan.”
ThoughtFull Chat
Terpengaruh dengan pengalamannya menjaga orang tersayang yang menghadapi cabaran kesihatan mental, Joan Low dari Singapura meninggalkan kerja banknyauntuk menumpukan dirinya sepenuh masa kepada ThoughtFull Chat.
ThoughtFull Chat ialah aplikasi yang menghubungkan orang ramai dengan sokongan kesihatan mental dalam cara yang mudah, mudah didekati dan boleh diakses. Ia memadankan pengguna dengan profesional kesihatan mental yang paling sesuai untuk terapi berasaskan teks atau video pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Joan Low berkata terapi berasaskan teks ThoughtFull Chat adalah yang pertama di Asia yang membuktikan keberkesanan klinikal untuk penambahbaikan semasa dalam tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Dia juga berbangga dengan pendekatan komprehensif ThoughtFull Chat, dengan mengatakan ia “bukan hanya menumpukan pada campur tangan krisis tetapi juga pada langkah pencegahan dan kesejahteraan keseluruhan.”
Potion Permit
MassHive Media ialah studio pembangunan game yang berpangkalan di Indonesia, yang diasaskan oleh duo adik beradik Andika Pradana dan Anggia Lestari.
Awal tahun ini, mereka mengeluarkan Potion Permit, game simulasi yang mengikuti perjalanan seorang ahli kimia di bandar Moonbury yang pelik. Dengan keinginan untuk mencipta sesuatu yang baharu untuk genre simulasi, mereka menghasilkan naratif yang diilhamkan daripada pengalaman teman wanita Pradana ketika itu sebagai doktor. Pradana berkata dia “ingin menunjukkan bahawa hero tidak selalu memakai perisai atau pedang; kadang-kadang, mereka juga menyokong dan menyembuh.”
Pradana dan Lestari mengimbas kembali, “Pada masa itu, tidak banyak program pendidikan tertumpu kepada reka bentuk dan pembangunan game. Kami terpaksa bersaing dengan syarikat yang lebih besar untuk mendapatkan profesional berkemahiran.” Walaupun begitu, mereka berkata mereka telah “mempelajari begitu banyak daripada kegagalan dan kejayaan kami, dan saya percaya itulah yang membuatkan kami terus maju.”
WithU
Tyme Suteesopon dan Sirin (Nanny) Thamakaison mula membangunkan WithU semasa mereka masih di sekolah menengah sebagai projek di bawah organisasi bukan untung Crying Cloud, yang diasaskan oleh Thamakaison dengan tujuan mempromosikan kesihatan mental dalam komuniti Thai, terutamanya di kalangan belia Thailand.
Menyampaikan nilai positif setiap hari, WithU menawarkan petikan yang menyentuh hati dan karya seni indah yang dicipta oleh artis Thai berbakat. Suteesopon menerangkan cara ia mencerahkan hari pengguna dengan setiap pandangan pada skrin mereka, memandangkan WithU meletakkan widget pada skrin utama yang menukar mesej inspirasi setiap 20 minit, untuk memberikan galakan berterusan. Aplikasi ini telah diterima dengan baik kerana mesejnya yang tepat pada masanya dan membangkitkan semangat, dan berikutan update bahasa Inggeris terkini, kini boleh diakses oleh jumlah pengguna yang lebih luas.
Anda boleh belajar lebih lanjut tentang kisah-kisah pembangun ini dan cuba aplikasi mereka di App Store di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post