Apple punya App Store ada mempunyai lebih 300K game yang sedia untuk didownload dan untuk dimain, tetapi kita mahu mencari game yang kita rasa seronok untuk main dan untuk mencari game yang kita nak main sememangnya susah. Sekarang ini wujudnya Apple Arcade yanga membantu pengguna, Apple Arcade dijadikan tempat langganan game untuk Telefon Bimbit Desktop dan Ruang Tamu pemain.
Apple Arcade yang akan menawarkan lebih 100 game baru dan game eksklusif, ianya adalah hasil pertolongan dengan pencipta game untuk buat game dan Apple Arcade. Apple menegaskan yang game yang mereka buat ini tidak akan ada di platform telefon bimbit yang lain. Jenis game yang mereka akan letak adalah seperti Multiplayer, AR dan Apple berkata mereka akan tambah lagi game dari waktu ke waktu.
Pengguna yang nak Apple Arcade itu boleh main di iPhone, iPad, Mac dan Apple TV. Pemain boleh mendapat akses tersebut dengan App Store dengan peranti pilihan mereka, Pengguna tersebut boleh download game dan main di peranti pilihan mereka, tidak seperti Stadia yang milik Google, ianya bukan seperti streaming tetapi boleh main secara offline, kalau Stadia, anda perlu kekal Online. Apple juga berkata yang ibu bapa ataupun penjaga ada kuasa untuk mengawal apa yang kanak-kanak itu main dari waktu ke waktu juga.
Apple masih tidak beritahu berapa harganya, tetapi kita tahu yang ianya akan dilancarkan ke 150 Negara termasuk Malaysia. Game developer yang ada Apple ini ada seperti Annapurna Interactive, Bossa Studios, Cartoon Network, Konami, Lego, Sega, Ustwo dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post