Pelbagai game baharu sentiasa ditambah pada perkhidmatan Apple Arcade setiap bulan, dan untuk bulan ini, servis tersebut menambah lapan game baharu kepada koleksinya termasuk Balatro dan NBA 2K25. Menawarkan sesuatu untuk semua orang dalam keluarga, berikut adalah rumusan lengkap:
Balatro+
Merupakan game roguelike deck builder yang diilhamkan oleh poker, pemain menggabungkan kad poker mereka dengan kad joker, masing-masing dengan abiliti unik, untuk mencipta sinergi dan kombo yang pelbagai.
Matlamat adalah untuk mendapatkan cip yang mencukupi bagi mengalahkan ‘Blind’ yang licik, sambil mendapatkan kad dan dek bonus tersembunyi. Sampai ke Boss Blind, kalahkan musuh terakhir, dan peroleh kemenangan.
NBA 2K25 Arcade Edition
NBA 2K25 Arcade Edition dan ciri The Neighborhood akhir muncul di mobile. Cabar rakan dalam perlawanan 1v1 atau pemain lain dalam secara 3v3, buka side quest dan berhubung dengan bintang terbesar dalam liga.
The Neighborhood menyediakan pemain dengan kawasan baharu yang menggabungkan gelanggang dan sukan bola keranjang jalanan, di mana pemain dapat mengembangkan kerjaya dan mengasah kemahiran melalui permainan kompetitif.
Game ini juga menampilkan kemas kini pada MyCAREER dan The Association, ciri customisation baharu dan Greatest Mode yang telah diubah suai.
Food Truck Pup+
Luangkan masa memasak bersama tukang masak anjing terbaik di dunia. Bekerja keras untuk mencipta perniagaan yang lazat, dan saksikan ia dihidupkan dengan grafik piksel yang comel.
Pemain boleh menikmati reka kedai mereka sendiri, memilih pakaian yang bergaya, dan juga mengupah anjing lain sebagai pekerja sambilan untuk membantu perniagaan berkembang.
Furistas Cat Cafe+
Dengan menghubungkan anak kucing comel dengan penjaga ideal mereka dan membawa kegembiraan, pemain boleh mengembangkan koleksi kucing mereka.
Setiap kafe boleh diubah suai sepenuhnya dari atas ke bawah, memberikan peluang kepada pemain untuk menunjukkan kreativiti mereka. Melalui setiap interaksi manis, kucing akan melompat keluar dari skrin dan masuk ke dalam hati pemain.
Smash Hit+
Smash Hit+ membawa pemain dalam perjalanan yang mengasyikkan di mana mereka bergerak selari dengan bunyi dan meneroka cara baharu untuk menggunakan fizik.
Pengalaman dibina oleh 50 bilik unik dan 11 gaya grafik, memberi inspirasi kepada pemain untuk mencabar halangan yang menanti mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post