Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apple akan menyumbang kepada Malaysia & Filipina untuk bantu usaha pemulihan pasca-bencana

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 22, 2021
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Apple akan menyumbang kepada Malaysia & Filipina untuk bantu usaha pemulihan pasca-bencana

Sumber - Harian Metro

Share on FacebookShare on Twitter

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Apple – Tim Cook, Apple Inc akan menyumbang bantuan untuk mangsa bencana banjir di Malaysia dan mangsa Taufan Rai di Filipina demi usaha pemulihan pasca-bencana.

Cook berkata bahawa sumbangan dari Apple Inc adalah bersifat jangka panjang dan khususnya untuk meringankan beban, dan mempercepatkan usaha baik pulih untuk manga-mangsa di Malaysia dan Filipina yang terjejas kerana bencana. Berikut adalah posting beliau di Twitter:

Typhoon Rai has caused so much devastation in the Philippines and Malaysia — so many families have lost so much. Apple will be contributing to relief, recovery, and longer-term rebuilding efforts. #OdettePH

— Tim Cook (@tim_cook) December 21, 2021

Walaupun benar bahawa Taufan Rai telah melanda negara Filipina dan sedikit sebanyak mempengaruhi kejadian di Malaysia, fenomena yang sedang melanda negara kita adalah disebabkan oleh beberapa elemen.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia – Muhammad Helmi Abdullah menjelaskan bahawa apa yang berlaku sebenarnya adalah fenomena ‘tropical depression’ di mana lekukan tropika yang terbentuk di Laut China Selatan bergerak melanda Pahang. Kemudian kekuatannya berkurangan dan diklasifikasikan sebagai satu sistem tekanan rendah.

May be an image of body of water
Sumber – JKM

“Ia bergerak ke arah barat dan mempengaruhi kawasan-kawasan seperti Kuala Lumpur dan Selangor, dan ianya berakhir di Selat Melaka. Jadi sistem tersebut berinteraksi dengan luruan monsun atau ‘cold surge’ iaitu deruan angin kencang yang datang dari China, menyebabkan berlaku hujan lebat luar biasa tempoh hari,”

May be an image of 1 person, sitting, road and body of water
Sumber – JKM

Berdasarkan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat 22/12/2021, jumlah mangsa banjir yang terjejas adalah seramai 65,115 orang dengan sejumlah 439 Pusat Pemindahan Sementara yang telah dibuka di 7 buah negeri yang terjejas.

Selain itu, beberapa pembangun game indie di seluruh Malaysia telah bergabung dengan menyediakan sebuah pakej khas game indie iaitu Malaysia Flood Relief 2021 Bundle untuk membantu kumpul dana lalu diberikan kepada Mercy Malaysia bagi bantuan banjir. Anda bukan sahaja membantu mangsa banjir malah menyokong pembangun game dalam negara kita.

Semoga semua orang dapat tabahkan diri supaya kita dapat lalui bencana ini bersama-sama.

Tags: applebanjirbencanaMalaysia
Previous Post

The Steam Award 2021 telah dedahkan senarai calon game untuk pelbagai kategori!

Next Post

Ini 10 kelas utama dalam Jian Xia Qing Yuan R!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Ini 10 kelas utama dalam Jian Xia Qing Yuan R!

Ini 10 kelas utama dalam Jian Xia Qing Yuan R!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd