Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Aplikasi ONE Store Beta Kini Tersedia! Dapatkan Barisan Aplikasi & Ganjaran Hebat!

Maira by Maira
December 13, 2023 - Updated on December 14, 2023
in Aplikasi, Artikel, Berita, Game, Teknologi
0 0
0
Aplikasi ONE Store Beta Kini Tersedia! Dapatkan Barisan Aplikasi & Ganjaran Hebat!

Sumber: ONE Store

Share on FacebookShare on Twitter

Dengan sistem open source pada Android, kita mudah untuk memuat turun pelbagai aplikasi tidak kiralah menggunakan Google Play Store, ataupun menggunakan aplikasi third-party seperti ONE Store di Korea!

Kalau anda ingin tahu, ONE Store merupakan aplikasi third-party Android yang kini menebarkan sayapnya dengan pelancaran servis beta mereka secara global untuk pengguna-pengguna antarabangsa, malah menyediakan pelbagai ciri-ciri yang menarik!

Sumber: ONE Store

Untuk pengetahuan anda, jenama ini telah lama aktif di landskap digital Korea Selatan, diservis oleh SK Square, yang merupakan salah satu syarikat kepada syarikat telekomunikasi SK Telecom. Sebagai satu-satunya pasaran aplikasi yang bukan legasi bertahan di Korea Selatan, jenama itu kini berkembang ke pasaran global dengan versi beta tersedia untuk pengguna di seluruh dunia.

Sumber: ONE Store

Keselamatan pengguna

Kami pasti ramai yang sukar untuk mempercayai aplikasi third-party kerana isu keselamatan. Lebih-lebih lagi kalau aplikasi tersebut meminta maklumat peribadi pengguna seperti maklumat bank. Ini sudah tentunya membuatkan ramai pengguna risau jika maklumat tersebut dibocorkan.

Walaupun begitu, pengguna ONE Store tidak perlu risau kerana aplikasi ini telah mendapatkan pensijilan Informational Security Management System (ISMS) di Korea Selatan. Dengan sijil ISMS itu, pemain boleh menggunakannya tanpa kerisauan kerana maklumat peribadi anda dilindungi dengan baik.

Sumber: ONE Store

Kaedah Pembayaran

Cara menggunakan ONE Store sangat mudah daripada awal, sama seperti aplikasi kedai yang lain.

Anda boleh install game daripada homepage dengan mudah. Malah fungsi mencarinya juga boleh dilakukan tanpa sebarang masalah. Sudah tentu ada beberapa aplikasi yang memerlukan pemain untuk membelinya. Sebagai contoh game “Dead Cells”, yang telah melancarkan DLC baharunya “Return to Castlevania” pada tahun ini.

Sumber: ONE Store

Terdapat dua kaedah pembayaran yang boleh digunakan pengguna di ONE Store iaitu kad kredit dan Razer Gold. Kalau anda mempunyai kupon, ia akan terus digunakan semasa checkout. Jadi memang mudah untuk anda membeli menggunakan aplikasi ini.

Manfaat yang boleh didapatkan

Bercerita tentang kupon, salah satu aspek yang dibanggakan oleh ONE Store adalah tersedianya pelbagai manfaat yang diberikan kepada pelanggannya. Antaranya gedung aplikasi ini menawarkan cara untuk memberi ganjaran kepada pengguna dengan point, kupon dan diskaun.

Sempena pelancaran beta di seluruh dunia, ONE Store menawarkan diskaun 10% untuk setiap pembelian, tanpa mengira jumlah aplikasi yang dibeli. Tambahan pula, pengguna baharu akan layak menerima kupon diskaun 30%.

Sumber: ONE Store

Bukan itu sahaja, ONE Store juga menyediakan dua kupon berbeza untuk meraikan Krismas yang akan datang, dengan kupon pertama menawarkan potongan sehingga 50% dari 15 Disember hingga 21 Disember. Manakala kupon kedua yang memberikan diskaun sehingga 90% akan tersedia dari 22 Disember sehingga 31 Disember 2023.

Program Referral

Selain daripada kupon, terdapat juga program referral, yang memberikan faedah berterusan untuk kedua-dua pengguna dan rakan jemputan mereka untuk memperoleh point yang boleh digunakan untuk membeli aplikasi dalam ONE Store.

Sumber: ONE Store

Terdapat tiga cara yang untuk referral, iaitu:

  • Rakan memasukkan kod referral anda semasa mendaftar akaun
  • Rakan menebus kod referral anda dan memuat turun game
  • Rakan menebus kod referral anda semasa membuat pembelian

Setiap ONE Store point yang anda dapatkan bernilai $1 SGD. Senang sahaja untuk menebusnya. Pengguna hanya perlu pergi ke halaman “My” yang berada pada bahagian bawah kanan dan masukkan kod tersebut di halaman “Redeem Code“. Bagi setiap rakan yang menyertai ONE Store atau memuat turun game, anda dan rakan itu akan memperoleh point.

Sementara itu, jika rakan dengan kod referral anda membuat pembelian, anda dan mereka akan mendapat 10% daripada jumlah pembayaran sebagai point. Sebagai peringatan, point tersebut mempunyai tempoh 7 hari untuk digunakan selepas menebus kod.

Sumber: ONE Store

Servis ONE Store Beta

Seperti yang kami nyatakan, ONE Store masih lagi dalam fasa beta. Jadi masih ada banyak ciri-ciri lain yang tidak tersedia buat masa ini. Walaupun begitu, ONE Store sedang bekerja keras untuk membawakan lebih banyak ciri penting menjelang pelancaran rasminya. Bukan setakat itu sahaja, kandungan game serta aplikasi lain akan turut dikembangkan. Ini sudah tentu memberikan lebih banyak pilihan untuk pengguna alami.

Sumber: ONE Store

Anda berminat untuk menggunakan ONE Store? Anda boleh ke laman web rasmi untuk muat turun aplikasi tersebut dan nikmati ganjaran yang ditawarkan!

Tags: ONE store
ShareTweetSend
Previous Post

DLC “Sonic Holiday Costume” Kini Tersedia Untuk Sonic Superstars!

Next Post

Demo TEKKEN 8 Akan Tersedia Bulan Ini! Bermula 14 Disember untuk PS5, Xbox & Steam pada 21 Disember!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Demo TEKKEN 8 Akan Tersedia Bulan Ini! Bermula 14 Disember untuk PS5, Xbox & Steam pada 21 Disember!

Demo TEKKEN 8 Akan Tersedia Bulan Ini! Bermula 14 Disember untuk PS5, Xbox & Steam pada 21 Disember!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd