Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apex Legends Mobile akan “soft launch” di Malaysia tidak lama lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 3, 2022
in Android, Artikel, Berita, Mobile, Shooter
0 0
0
Apex Legends Mobile akan “soft launch” di Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya diumumkan pada tahun 2019, Electronic Arts mempunyai rancangan untuk “launch” Apex Legends Mobile pada tahun ini. Walaupun pelancaran penuh di iOS dan Android masih belum tersedia, sesetengah pemain Malaysia nampaknya akan berpeluang untuk mengalami Apex Legends di platform mobile masing-masing tidak lama lagi.

The Soft Launch for Apex Mobile is coming! For those in the countries mentioned below, please follow the link, or visit your local Google Play Store page, to pre-register. For all other legends, sit tight! We'll have more info for you soon.

🔗: https://t.co/fXIxTwxkxe pic.twitter.com/LVInerdt14

— Respawn (@Respawn) February 1, 2022

Kisahnya begini; EA baru-baru ini mengumumkan rancangan mereka untuk melancarkan Apex Legends Mobile versi Android di negara Argentina, Colombia, Mexico, Peru, Indonesia, Filipina, Singapura, Australia, New Zealand dan Malaysia. Untuk gamer Malaysia, korang boleh membuat pra pendaftaran sekarang di Google Play Store. Malangnya, EA tidak mengesahkan bila Apex Legends Mobile akan tiba pada iOS, dan hanya meminta peminat untuk “menantikan” kemas kini akan datang. Kemungkinan besar, Apex Legends Mobile tetap akan keluar mengikut jadual bagi pasaran global pada tahun 2022.

Apex Legends Mobile sedang dibangunkan secara dalaman oleh Respawn Entertainment. Walau bagaimanapun, studio itu mendapat bantuan daripada Tencent. Pengarah Apex Legends Chad Grenier menjelaskan bahawa ini adalah usaha kerjasama antara pasukan pembangunan utama dan krew pembangun aplikasi mudah alih yang dibawa masuk secara khusus untuk projek tersebut. Mudah-mudahan, Apex Legends boleh diadaptasikan ke platform mobile  tanpa apa-apa isu yang serius.

Seperti biasa, Apex Legends Mobile adalah “free-to-play” dengan kosmetik berbayar, sama seperti versi konsol dan PC. Selain itu, versi Mobile akan mempunyai Battle Pass berasingan termasuk “collectible” yang tidak tersedia pada platform lain. Walau apapun, berita soft launch ini merupakan berita baik untuk peminat Apex Legends dan gamer mobile di Malaysia. Harap-harap, pelancaran iOS dan Android bagi pasaran global pun datang dalam masa terdekat.

Untuk segala berita kami tentang Apex Legends termasuk kisah graffiti viral di Perak, sila tekan pautan ini.

Tags: Apex LegendsApex Legends mobilelaunch
Previous Post

Selepas lama diumumkan, akhirnya produksi untuk LIVE ACTION ONE PIECE dimulakan!

Next Post

Saiz game The King of Fighters XV telah didedahkan! Agak besar juga saiznya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Saiz game The King of Fighters XV telah didedahkan! Agak besar juga saiznya!

Saiz game The King of Fighters XV telah didedahkan! Agak besar juga saiznya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd