Devil Fruit adalah buah misteri yang terdapat dalam siri manga/anime One Piece dan apabila dimakan, ia memberikan kebolehan baru kepada pengguna. Terdapat lebih dari 100 jenis Devil Fruit, tetapi sedikit diketahui tentangnya. Seperti yang dinyatakan oleh pencipta siri Eiichiro Oda, seorang “profesor tertentu” akan mendedahkan lebih banyak maklumat tentang rahsia Devil Fruit dalam masa terdekat, jadi pastikan anda baca manga atau tonton animenya. Buat masa ini, inilah panduan komprehensif tentang buah misteri ini.
Devil Fruit datang dalam pelbagai bentuk dan warna yang berbeza, serta mempunyai corak putaran terkhusus. Selain itu, ia mempunyai rasa yang jijik, dan membuat pengguna merasa seperti mereka telah memakan racun. Hanya satu jenis Devil Fruit sahaja yang wujud pada satu masa. Oleh itu, dua atau lebih pengguna tidak boleh mempunyai kuasa yang sama. Apabila seorang pengguna Devil Fruit mati, abiliti di dalam badan mereka kemudian akan dibentuk semula di dalam buah lain yang sama jenis.
Sebuah Devil Fruit Encyclopedia yang menyenaraikan nama dan kebolehan semua Devil Fruit juga wujud. Bagaimanapun, hanya sedikit buah yang mempunyai ilustrasi. Didedahkan bahawa Blackbeard telah menggunakan buku itu untuk mendapatkan Yami Yami no Mi. Sanji juga membaca buku itu semasa dia masih muda dan menjadi tertarik dengan Suke Suke no Mi, dengan hasrat untuk menjadi seorang wira, namun hakikatnya, dia hanya mahukan kuasa untuk melihat wanita bogel.
Paramecia Devil Fruit
Buah Paramecia adalah jenis yang paling biasa dilihat di dalam siri. Ia memberikan kebolehan unik yang boleh mempengaruhi tubuh pengguna, memanipulasi persekitaran pengguna, atau menghasilkan bahan. Buah Paramecia mempunyai pelbagai abiliti yang berbeza dan beberapa watak terkuat dalam siri One Piece sebenarnya adalah pengguna Paramecia. Buah ini sangat sepadan dengan pengguna yang lemah secara fizikal, kerana ia membolehkan mereka untuk menewaskan musuh yang lebih kuat dengan menggunakan abiliti mereka secara kreatif. Buah Paramecia adalah satu-satunya jenis Devil Fruit di mana terdapat kemungkinan untuk memperoleh abiliti yang tidak berguna.
Pengguna Paramecia terkenal:
- Edward Newgate
- Charlotte Katakuri
- Trafalgar D. Water Law
- Donquixote Doflamingo
- Notable Paramecia users:
Zoan Devil Fruit
Buah Zoan membolehkan penggunanya berubah menjadi spesies lain. Ia menyediakan pengguna tiga bentuk asas: Human Form, Human Beast Form, dan Beast Form. Pengguna Zoan sangat efektif dalam aspek pertempuran jarak dekat. Dalam bentuk hibrid mereka, pengguna Zoan juga boleh meningkatkan deria mereka. Walaupun pengguna Zoan bergantung kepada naluri mereka, mereka harus melatihkan aspek fizikal mereka untuk memenangi pertarungan.
Terdapat juga sub-kategori dalam jenis buah Zoan:
- Carnivorous Zoan: jenis buah yang paling biasa dilihat dan dianggap sebagai yang paling lemah;
- Ancient Zoan: jenis buah yang unik dan membolehkan pengguna untuk berubah menjadi binatang yang sudah pupus atau purba;
- Mythical Zoan: sejenis jenis buah yang sangat unik dan membolehkan pengguna untuk berubah menjadi makhluk mitos;
- Zoan Artifisial: buah buatan yang dicipta oleh Caesar Clown;
Pengguna Zoan terkenal:
- Monkey D. Luffy
- Kaido
- Sengoku
- Marco
- Rob Lucci
- X Drake
Logia Devil Fruit
Buah Logia membolehkan pengguna untuk berubah menjadi elemen semulajadi atau alam persekitaran. Mereka sering dianggap sebagai yang paling kuat dan paling unik antara ketiga-tiga jenis. Pengguna Logia boleh mencipta, mengawal, atau mengubah badan mereka kepada elemen-elemen tertentu. Mereka juga boleh memisahkan badan mereka kepada pelbagai bahagian. Badan elemental boleh menghalang hampir semua serangan musuh, lalu menjadikan pengguna hampir kebal. Walaupun pengguna Logia tidak boleh dikalahkan menggunakan serangan elemen, mereka lemah kepada serangan yang mencederakan badan fizikal mereka.
Pengguna Logia terkenal:
- Portgas D. Ace/ Sabo
- Marshall D. Teach
- Akainu
- Kizaru
- Kuzan
Devil Fruit Awakening
Kebolehan Devil Fruit boleh “dibangkitkan.” Ini dapat meningkatkan kebolehan pengguna bergantung kepada jenis Devil Fruit. Walau bagaimanapun, maklumat tentang bagaimana Devil Fruit boleh dibangkitkan masih tidak diketahui dan sedikit diketahui tentang kesannya.
Jailer Beasts (Gokusotsujū) di Impel Down didedahkan sebagai pengguna Zoan yang “dibangkitkan“. “Awakening” memberikan pengguna transformasi yang lebih besar dan kekuatan fizikal yang lebih tinggi. Malangnya, mereka mendapat mata comel dan hidung berair sebagai kesan sampingan, dan ini menjadikan imej mereka kurang menakutkan kepada pihak lawan.
Bagi pengguna Paramecia, “awakening” membolehkan abiliti untuk mempengaruhi persekitaran mereka. Sebagai contoh, buah Ito Ito no Mi membolehkan Doflamingo untuk mengubah bangunan dan tanah di sekelilingnya menjadi tali, dengan itu memperluaskan jarak serangannya.
Kelemahan Devil Fruit
Umum mengetahui bahawa setiap pengguna Devil Fruit sangat lemah di dalam air. Bukan sahaja air laut, tetapi semua jenis air termasuk laut Skypiea! Yang menghairankan ialah air hujan tidak menjejaskan pengguna Devil Fruit. Walaupun hanya sebahagian kecil daripada tubuh pengguna yang tenggelam di dalam, mereka langsung tidak dapat menggunakan kebolehan Devil Fruit mereka.
Sea-Prism Stone pula adalah batu khas yang mempunyai elemen yang sama seperti laut. Ia menyerap tenaga pengguna Devil Fruit dan menghalang mereka daripada menggunakan abiliti mereka. Pengguna menjadi lemah bergantung kepada berapa banyak hubungan fizikal pengguna dengan Stone Sea-Prism. Pihak Marine menggunakan kelemahan ini dengan menghasilkan gari, penjara dan senjata daripada Sea-Prism Stone.
Devil Fruit Artifisial
Dr. Vegapunk telah melakukan penyelidikan di atas Devil Fruit dan Sea-Prism Stone. Kajian ini membawa kepada penciptaan objek yang boleh mengandungi kebolehan Devil Fruit. Dr. Vegapunk juga dapat mereplikasi abiliti buah-buah Devil Fruit tertentu, namun usahanya gagal. Saingannya, Sebaliknya, Caesar Clown berjaya mencipta Devil Fruit Artifisial bernama SMILE, tetapi ciptaannya hanya terhad kepada buah jenis Zoan.
Devil Fruit Artifisial kelihatan lebih kecil berbanding dengan Devil Fruit sebenar dan mempunyai corak yang berbeza. Devil Fruit sebenar mempunyai corak berputar, manakala Devil Fruit Artifisial mempunyai corak bulat. Selain itu, Devil Fruit Artifisial tidak mempunyai rasa jijik seperti Devil Fruit sebenar. Ini ditunjukkan apabila Momonosuke memakan Devil Fruit Artifisial tanpa mengadu tentang rasanya.
@gamersantaimy
Discussion about this post