Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Antara sebab game anime teruk atau kurang sambutan daripada peminat!

Maira by Maira
May 17, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Game, Pendapat, Tinjauan & analisis
0 0
0
Antara sebab game anime teruk atau kurang sambutan daripada peminat!
Share on FacebookShare on Twitter

Bukan semua, tetapi kalau ada siri anime yang popular mesti ada sahaja adaptasi game yang dilancarkan berdasar siri tersebut. Tidak kiralah konsol, PC atau pun mobile. Walaupun game anime banyak dikeluarkan, kebanyakkannya pasti akan tamatkan sokongan dan dihentikan walaupun ianya masih lagi baru dalam pasaran. Game “Jump Force” yang dikatakan boleh menandingi “Smash Bros.” juga kecundang. Pernah tidak anda terfikir mengapa game anime ini tidak mendapat begitu banyak sambutan daripada peminat anime? Kali ini, kami ingin dedahkan beberapa sebab kenapa banyak game ini tidak berjaya kekal dalam komuniti ACG! Tanpa membuang masa, berikut adalah sebabnya:

1. Terlampau banyak game untuk satu francais

Kalau anda ingin tahu, banyak sahaja francais anime popular yang mendapat adaptasi game. Satu francais boleh mendapat sehingga lima games daripada pelbagai pembangun. Tetapi tidak semua mendapat sambutan hangat daripada peminat. Contohnya game One Piece: Pirate Warriors, di mana game yang dikeluarkan tidaklah begitu berbeza antara satu sama lain. Jadi, pemain yang inginkan sesuatu yang baru daripada game tersebut akhirnya kecewa dan mengangkat kaki daripada bermainnya.

Game anime

2. Gameplay yang serupa

Selain itu, gameplay dalam kebanyakkan game anime ialah sama. Genre yang sama sudah tentu tidak menjadi masalah. Tetapi jika game tersebut hanya versi “copy paste” daripada francais lain, mungkin ramai yang tawar hati untuk bermainnya. Masalah ini sering nampak daripada game anime yang diterbitkan oleh syarikat yang sama.

Bayangkan anda mempunyai template untuk game, anda hanya perlu ubah aset sahaja untuk menjadikannya satu game baru untuk pelbagai francais. Akhirnya, peminat yang sudah biasa dengan gameplay yang sama menjadi bosan lalu uninstall game tersebut.

Game anime
Sumber: Google play

3. Terlampau bergantung kepada Gacha atau keuntungan

Game anime juga banyak tersedia secara percuma lebih-lebih lagi di platform mobile. Bukan sahaja mudah untuk dimainkan oleh peminat, malah pemain tidak perlu risau mengenai duit mereka. Tetapi sudah tentu ada sesuatu yang “menghidupkan” game anime seperti ini. Salah satunya ialah sistem gacha yang tersedia. Sistem inilah yang membuatkan ramai pemain yang sanggup menghabiskan wang mereka untuk mendapatkan watak kesukaan masing-masing.

Walaupun ada game yang begitu pemurah dengan sistem ini, banyak juga yang terlalu bergantung kepada sistem gacha dan membuatkan ramai peminat kecewa. Kekecewaan tadi bukan sahaja membuatkan pemain terus berhenti main malah game itu juga mungkin terpaksa ditutup kerana tidak mampu untuk meneruskan perkhidmatan dalam talian.

Game anime

4. Perubahan populariti dalam komuniti peminat

Populariti anime juga boleh mempengaruhi sambutan game anime. Selalunya pengumuman mengenai adaptasi game selalu dibuat semasa populariti sesuatu francais itu masih tinggi. Peminat juga sudah tentu ternanti-nanti game tersebut dengan harapan ianya sesuatu yang bagus daripada pembangun untuk francais tersebut. Lebih-lebih lagi game tersebut dikeluarkan selepas tayangan anime, membuatkan peminat ingin luangkan masa dengan game yang dikeluarkan sementara menunggu musim terbaru.

Tetapi populariti anime juga sudah tentu tidak boleh dikawal malah ada juga peminat yang terus hilang minat mereka. Jadi, walaupun game yang dikeluarkan begitu bagus, jika tiada sesiapa yang memainkannya, sudah tentu ia juga akan ditutup atau tamatkan perkhidmatan. Peminat yang masih setia pula terpaksa meninggalkan game kegemaran kerana sebab tersebut.

Game anime

5. Pemasaran yang lemah

Walaupun banyak game anime yang bagus dikeluarkan, pelik juga kenapa tidak ramai yang bermainnya. Tanpa pemasaran yang strategik, sudah tentu ramai peminat akan terlepas pandang game-game hebat yang tersedia. Malah, mereka lebih terdedah kepada game yang kurang berkualiti. Ini yang menyebabkan ramai peminat fikir bahawa game anime tidaklah begitu bagus dan mementingkan komuniti peminat daripada pemain kasual.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kali ini. Apa pula pendapat anda mengenai perkara ini? Boleh kongsikan di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: animeGame Anime
Previous Post

Laptop gaming terbaik bawah RM 5000 yang dilengkapi dengan RTX dan Radeon RX

Next Post

ASUS ROG melancarkan Strix SCAR 17 Special Edition, Flow X16, apparel baru & game parkour

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
ASUS ROG melancarkan Strix SCAR 17 Special Edition, Flow X16, apparel baru & game parkour

ASUS ROG melancarkan Strix SCAR 17 Special Edition, Flow X16, apparel baru & game parkour

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd