Netflix kembali ke acara digital AnimeJapan 2021 tahun ini, untuk mempamerkan senarai rancangan anime dan pelakon suara untuk peminat di Jepun dan di seluruh dunia! Netflix memperkuat komitmen untuk menjadi pusat bagi peminat dan pencipta di seluruh dunia, dengan mengumumkan bahawa ia akan menayangkan hampir 40 judul anime baru pada tahun ini! Hampir dua kali ganda jumlah anime yang diumumkan pada tahun lepas.
Semasa acara ini, Netflix mengumumkan tarikh pelancaran rasmi Record of Ragnarok (Jun 2021), sebuah adaptasi anime dari manga yang sangat berjaya. Anime ini mengisahkan pertarungan epik untuk nasib umat manusia dan akan ditemani siri komedi slice-of-life, The Way of the Househusband (8 April 2021) dan RESIDENT EVIL: Infinite Darkness (akan keluar akhir tahun ini).
Netflix juga memberi info baru mengenai projek-projek akan datang Yasuke (29 April 2021) dan Eden (27 Mei 2021), mendedahkan trailer baru dan tarikh tayangan untuk Eden serta karya seni oleh pereka watak Yasuke, Takeshi Koike. Kedua-dua projek ini adalah kisah baru yang dihidupkan oleh banyak pencipta antarabangsa, lantas mengukuhkan lagi cita-cita Netflix untuk mempelbagaikan rangkaian anime asli dengan pencipta terkemuka dari dalam dan luar Jepun. AnimeJapan 2021 juga merangkumi penampilan dari pelakon suara Jepun, Kenjiro Tsuda (The Way of the Househusband), Marika Kono (Eden) dan Toshiyuki Morikawa (RESIDENT EVIL: Infinite Darkness).
Berikut adalah antara anime yang diumumkan di AnimeJapan 2021:
RECORD OF RAGNAROK – Tarikh Tayangan Perdana: Jun 2021
“Record of Ragnarok” adalah kisah 13 dewa dari seluruh dunia dan 13 manusia paling terkenal di dunia yang terlibat dalam dalam pertempuran satu lawan satu untuk menentukan nasib umat manusia. Berdasarkan manga yang diciptakan oleh Azychika, Shinya Umemura dan Takumi Fukui, pertempuran berdasarkan kemarahan luar biasa bermula!
YASUKE – Tarikh Tayangan Perdana: 29 April 2021
Dalam era feudal Jepun yang penuh dengan peperangan, mecha dan sihir, ronin terhebat yang tidak pernah diketahui, Yasuke, berjuang untuk mengekalkan keamanan setelah menjalani kehidupan yang penuh keganasan. Tetapi ketika sebuah kampung menjadi tumpuan pergolakan antara daimyo-daimyo yang berperang, Yasuke harus mengangkat pedangnya dan menghantar seorang kanak misteri yang menjadi sasaran kuasa gelap dan panglima perang.
EDEN – Tayangan Tayangan Perdana Global: 27 Mei 2021
Beribu-ribu tahun di masa depan, sebuah kota yang dikenali sebagai “Eden” dihuni oleh robot Artificial Intelligence yang bekas tuannya, telah lama hilang. Semasa membuat tugas harian di dalam kota, dua robot penyelenggaraan secara tidak sengaja terbangunkan seorang bayi perempuan dari stasis lantas mempersoalkan semua yang mereka diajar selamai ini – iaitu manusia hanyalah mitos kuno yang dilarang. Bersama-sama, kedua-dua robot itu secara diam, membesarkan bayi itu di tempat selamat di luar Eden.
THE WAY OF THE HOUSEHUSBAND – Tayangan Perdana Global: 8 April 2021
Terkenal di antara yakuza sebagai “The Immortal Dragon”, Tatsu adalah legenda untuk dunia underworld di mana dia berjaya menumpaskan banyak geng yakuza berlainan. Namun, dengan harapan untuk mencuci tangan pada masa lalu, Tatsu berkahwin dan mengabdikan dirinya sepenuhnya pada “way of the househusband” dengan memasak, membersihkan, mencuci dan membeli barang runcit setiap hari. Sebaliknya, ada satu orang yang tidak senang dengan kehidupan rumah tangga baru Tatsu – iaitu seorang pengikut yakuza lamanya, Masa. Semasa Tatsu mencuba yang terbaik untuk membelajar cara seorang surirumah, pembunuh demi pembunuh datang untuk mengalahkannya!
Resident Evil: Infinite Darkness – Tayangan Perdana Global: 2021
Pada tahun 2006, terdapat jejak tentang akses yang tidak sah untuk fail rahsia Presidenyang terdapat di rangkaian White House. Ejen persekutuan Amerika, Leon S. Kennedy adalah antara yang dijemput ke White House untuk menyiasat kejadian ini, tetapi apabila lampu tiba-tiba padam, Leon dan pasukan SWAT terpaksa berhadapan dengan segerombolan zombi misteri.
Sementara itu, kakitangan TerraSave, Claire Redfield menemui gambar misteri yang dilukis oleh seorang pemuda di sebuah negara yang dikunjunginya, sambil memberikan sokongan kepada orang pelarian. Dihantui oleh gambar ini, yang nampaknya adalah mangsa jangkitan virus, Claire memulakan siasatan sendiri. Keesokan pagi, Claire mengunjungi White House untuk meminta pembinaan kemudahan kebajikan.
Di sana, dia berpeluang bertemu kembali dengan Leon dan menggunakan kesempatan itu untuk menunjukkan kepadanya lukisan itu. Leon nampaknya menyedari sejenis hubungan antara wabak zombie di White House dan gambar aneh itu, tetapi dia memberitahu Claire bahawa tidak ada hubungan lalu meninggalkan tempat itu. Tidak lama kemudian, kedua-dua wabak zombie di negara-negara yang jauh ini membawa kepada suatu peristiwa yang akan mengubah nasib dunia.
@gamersantaimy
Discussion about this post