Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime ‘Rooster Fighter’ Diumumkan – Ayam Menyelamatkan Dunia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 26, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime ‘Rooster Fighter’ Diumumkan – Ayam Menyelamatkan Dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Bukan hero hensem, bukan heroin cantik, tetapi ayam yang jadi protagonis? Ya benar kerana hari ini, Viz Media telah mengumumkan adaptasi anime rasmi untuk siri unik tapi popular, Rooster Fighter!

Bersama pengumuman ini, mereka turut memuat naik trailer pertama yang anda boleh tonton di bawah:

Bagi mereka yang tidak tahu, Rooster Fighter ialah siri web manga Jepun yang dihasilkan oleh Shu Sakuratani, dan disiarkan di laman web manga Comiplex terbitan Hero’s Inc. sejak Disember 2020. Seterusnya, adaptasi anime akan diuruskan oleh studio animasi hebat ‘Sanzigen’, dengan Daisuke Suzuki sebagai pengarah, dan Hiroshi Seko yang mengendalikan komposisi siri.

Kredit: VIZ Media

Sinopsis rasmi

“Tiga tahun lalu, syaitan mutan mula muncul di Jepun. Dicipta daripada manusia yang mengalami tekanan emosi yang melampau atau trauma yang tidak dapat diselesaikan, syaitan mutan ini mula menimbulkan malapetaka apabila berkembang menjadi lebih pintar dan berbahaya.”

“Seekor ayam jantan bernama Keiji berkeliaran di pelbagai bandar di Jepun sambil mengalahkan syaitan mutan yang ditemui. Matlamat utamanya adalah untuk mencari dan membunuh mutan bergelar “The White Demon” yang membunuh kakaknya untuk membalas dendam demi kematiannya.”

Kredit: VIZ Media

Akhir sekali, Shu Sakuratani, pencipta Rooster Fighter turut menyampaikan mesej untuk meluahkan rasa gembira melihat karyanya dibawa ke kaca televisyen, dengan berkata:

“Rooster Fighter” akhirnya dijadikan anime! Sejak menjadi artis manga, matlamat terbesar saya adalah untuk membuat karya saya diadaptasikan menjadi anime. Jadi, saya tidak dapat memberitahu betapa gembiranya melihat impian saya menjadi kenyataan!

Ini semua berkat sokongan berterusan pembaca dan sumbangan Hero dan VIZ Media. Saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua.

Saya percaya “Rooster Fighter” cukup bertuah. Kami mempunyai pengarah terbaik, penulis terbaik, kakitangan produksi terbaik dan pelakon suara terbaik semuanya bekerjasama untuk mencipta anime terbaik.

Sebagai pencipta original, saya sangat gembira! Saya tidak sabar untuk melihat Keiji dan geng dihidupkan dalam TV. Saya berharap semua orang di luar sana akan menikmati anime ini di mana ayam menjadi tumpuan utama! 

Tags: animeRooster Fighter
ShareTweetSend
Previous Post

‘Gundam: Requiem for Vengeance’ Akan Tiba 17 Oktober, Dibuat Sepenuhnya Oleh Unreal Engine

Next Post

Unboxing Razer | Hello Kitty And Friends Collection – Kembali Menyambut 50 Tahun Penuh Kecomelan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Unboxing Razer | Hello Kitty And Friends Collection – Kembali Menyambut 50 Tahun Penuh Kecomelan

Unboxing Razer | Hello Kitty And Friends Collection - Kembali Menyambut 50 Tahun Penuh Kecomelan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd