Francais RPG Tales memiliki banyak siri dan game mereka sangat terkenal dengan mempunyai pembukaan animasi sendiri yang hebat! Tidak lama lagi kita akan melihat pelancaran Tales of Arise yang bakal tiba pada bulan September nanti di platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC. Mengikut tradisi Tales, kini Bandai Namco telah berkongsikan sebuah video animasi pembukaan untuk Tales of Arise.
Video pembukaan Tales of Arise ini menampilkan watak-watak yang pernah dikongsikan kepada peminat dengan gerakan yang luar biasa, dan memfokuskan pada hubungan mereka serta beberapa elemen cerita seperti Shionne dan sumpahan. Anda juga boleh melihat watak penjahat yang sebelum ini tidak menerima banyak maklumat dan perhatian sepanjang game didedahkan. Animasi pembukaan ini telah dihasilkan oleh Ufotable yang pernah menghasilkan Zestiria dan Berseria.
Selain itu, video pembukaan ini menggunakan lagu HIBANA oleh Kankaku Piero, dan mempunyai lirik yang sesuai dengan tema cerita game. Video ini telah memberi teaser yang hebat untuk peminat melihat apa yang akan terjadi di dalam pertempuran game kerana Ufotable dikatakan terlibat dalam menghasilkan beberapa sinematik cutscene in-game.
Dengan video pembukaan yang hebat ini, para peminat mungkin tidak sabar untuk menantikan tarikh pelancaran game kerana animasi tersebut telah menunjukkan bahawa francais Tales telah kembali dan akan memberikan yang terbaik untuk mereka. Tajuk pembukaan Tales biasanya menggambarkan peristiwa dalam cerita dan juga babak pertarungan di in-game bersama animasi seperti Mystic Artes.
Tambahan pula, ada fakta menyatakan bahawa video pembukaan meninggalkan segmen cerita agak samar dengan alasan untuk tidak memberi spoiler kepada pemain. Jadi apa yang mungkin disangkakan peminat dari video ini mungkin tidak sama dengan konteks di in-game nanti. Namun, animasi luar biasa ini sudah cukup untuk mengharapkan jalan cerita yang hebat dari Tales of Arise nanti.
Pra-pesanan untuk Tales of Arise telah pun dibuka dan ianya akan dilancarkan secara rasmi pada 9 September 2021! Untuk membaca segala liputan kami mengenai game ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

@gamersantaimy
Discussion about this post