Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime One Piece pecah tradisi, ajak ‘omputih’ jadi Pengarah Episod

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 15, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Anime One Piece pecah tradisi, ajak ‘omputih’ jadi Pengarah Episod
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pertama kali dalam sejarah, Toei Animation telah mengupah seorang juruanimasi ‘omputih’ untuk menjadi pengarah bagi episod terbaru anime One Piece.

Kredit: Henry Thurlow

Dilaporkan oleh majalah anime Jepun Newtype, Toei Animation mengambil Henry Thurlow, seorang juruanimasi Amerika yang kini menetap di Jepun, sebagai Pengarah untuk One Piece episod 1066, yang bakal ditayangkan pada 25 Jun. Thurlow kemudian mengesahkan berita itu di halaman Twitter peribadi.

Ini adalah perubahan yang tidak dijangka oleh Toei, kerana ini adalah kali pertama studio itu menugaskan seorang juruanimasi bukan Jepun untuk mengarahkan salah satu episod bagi siri anime-nya yang popular.

Kredit: Henry Thurlow

Bak kata Thurlow di Twitter;

“Saya, Henry Thurlow, adalah pengarah episod One Piece 1066 yang akan disiarkan bulan ini.”

“Setakat yang saya tahu (& setakat yang kakitangan produksi tahu apabila saya bertanya) tidak pernah ada pengarah episod bukan Jepun untuk One Piece, atau mana-mana siri TV Animasi Toei.”

Menurut dakwaan netizen, episod 1066 akan menceritakan klimaks pertarungan antara Trafalgar Law dan Eustass Kid menentang Big Mom. Luffy juga semakin menghampiri penghujung pertarungan epiknya menentang Kaido. Dua-dua merupakan pertarungan epik, jadi jangkaan orang ramai pastinya tinggi daripada segi kualiti animasi.

Adakah ‘omputih’ ini dapat menjayakan tugasnya sebagai pengarah anime One Piece? Kita lihat nanti.

Resume Henry Thurlow

Kredit: Henry Thurlow

Henry Thurlow sebenarnya mempunyai resume yang luas, dan pernah menyumbang sebagai Key Animator untuk banyak siri ikonik seperti Attack on Titan, Pokémon, JoJo’s Bizarre Adventure, Sweetness & Lightning, Nurse Witch Komugi R, ClassicaLoid, Naruto Shippūden dan Tokyo Ghoul.

Dia menyertai pasukan animasi Toei pada tahun 2021 di mana tugasan pertama Thurlow adalah untuk mengendalikan animasi pertempuran Luffy menentang Urashima (salah seorang penjahat utama dalam Wano Arc) dalam anime One Piece episod 903. Selepas itu, Thurlow menyambung kerjanya sebagai Key Animator untuk episod seterusnya dan juga untuk One Piece Film: Red, filem terbaru francais itu.

ワンピース フィルム レッド、原画で参加しました。宜しくお願いします!
I drew Layouts & Key animation for One Piece FILM RED. I did the underground scene & the 1st half of the Library scene. With this, I`ve now animated ALL the Straw Hat pirates.😁
I hope everyone enjoyed the film! pic.twitter.com/ZIn8MBNGsj

— Henry Thurlow (@henry_thurlow) March 12, 2023


Walaupun Toei Animation sibuk mengerjakan siri anime, Eiichiro Oda (pencipta One Piece) terpaksa berehat dan bakal menjalani pembedahan mata untuk menyembuhkan isu astigmatisme. Oleh itu, manga One Piece terpaksa berhenti selama empat minggu sambil menunggu pelukisnya untuk kembali sihat.

Baca segala berita kami tentang One Piece di SINI.

Tags: animeHenry Thurlowone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Shin Kamen Rider bakal ditayangkan di TGV Cinemas Malaysia pada 6 Julai 2023

Next Post

Game Arked Klasik “Metal Slug: Awakening” Akan Hadir ke Malaysia Dengan Pelancaran Awal!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Game Arked Klasik “Metal Slug: Awakening” Akan Hadir ke Malaysia Dengan Pelancaran Awal!

Game Arked Klasik "Metal Slug: Awakening" Akan Hadir ke Malaysia Dengan Pelancaran Awal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd