Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime ‘Mobile Suit Gundam: The Origin’ Terima Filem Kompilasi, Kisah Asal-Usul Char Aznable!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Anime ‘Mobile Suit Gundam: The Origin’ Terima Filem Kompilasi, Kisah Asal-Usul Char Aznable!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk memperingati ulang tahun ke-45 tayangan anime “Mobile Suit Gundam” di TV, laman web Gundam.info mengumumkan bahawa anime Mobile Suit Gundam: The Origin bakal diadaptasikan menjadi trilogi “filem“.

Kredit: Gundam.Info

Tidak trailer dikeluarkan tetapi mereka memuat naik poster rasmi yang anda boleh lihat di atas. Filem pertama bertajuk “Char/Sayla Arc”, filem kedua bertajuk “Kaisen-hen” (The Outbreak of War Arc), dan filem ketiga bertajuk “Loum Arc”.

Lebih mengagumkan lagi, Yoshikazu Yasuhiko, yang merupakan pengarah kepada anime original, bertanggungjawab menyunting setiap episod daripada anime kepada tiga-tiga filem tersebut.

Bagi mereka yang kurang tahu, anime Mobile Suit Gundam: The Origin mula ditayangkan di pawagam Jepun dari 2015 hingga 2018 dengan jumlah total enam episod. Plot anime memfokuskan pada zaman kanak-kanak dan awal dewasa Casval Rem Deikun dan adiknya Artesia (aka Sayla Mass).

Casval Rem Deikun kemudian akan lebih dikenali sebagai Char Aznable, juruterbang mahir dari Zeon yang bertindak sebagai antagonis kepada Amuro Ray, protagonis kepada anime Gundam original.

Seperti saya kata tadi, Yoshikazu Yasuhiko bertindak sebagai ketua pengarah untuk anime Mobile Suit Gundam: The Origin, termasuk menguruskan storyboard. Satu lagi pencapaian beliau yang mungkin ramai tidak tahu ialah Yoshikazu Yasuhiko turut mencipta reka bentuk watak untuk anime pertama Gundam yang bermula pada tahun 1979.

Ketiga-tiga filem Mobile Suit Gundam: The Origin akan mula ditayangkan di Jepun bermula 13 September di Tokyo, dan kemudian pada 25 Oktober di seluruh Jepun. Kami tidak tahu jika filem ini juga akan ditayangkan di Malaysia, tetapi memandangkan baru-baru ini banyak filem Gundam dikeluarkan di negara kita, mungkin ada harapan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mobile Suit Gundam: The Origin
ShareTweetSend
Previous Post

Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land Tiba Mac 2025

Next Post

Tokyo Game Show Digital World 2024 Kembali, Tema Negara Gaming Terapung Di Langit!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tokyo Game Show Digital World 2024 Kembali, Tema Negara Gaming Terapung Di Langit!

Tokyo Game Show Digital World 2024 Kembali, Tema Negara Gaming Terapung Di Langit!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd