Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Mob Psycho 100 Rasmi Tamat! Ketahui Penamat Watak Dalam Siri!

Maira by Maira
December 23, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Mob Psycho 100 Rasmi Tamat! Ketahui Penamat Watak Dalam Siri!
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi siri anime menarik telah pun tamat pada minggu ini. Siri yang kami maksudkan ialah Mob Psycho 100. Sejak musim pertama yang ditayangkan, Mob dan Reigen telah menarik perhatian ramai peminat dan kini kisah mereka tamat dengan musim ketiga oleh Studio Bones.

mob psycho 100

Mungkin ada antara anda yang ingin mengetahui penamat kisah Mob tanpa menonton animenya atau mungkin tidak memahami dengan apa yang terjadi dalam episod terakhir. Jadi kami akan ceritakannya secara ringkas kepada anda. Tanpa membuang masa, teruskan membaca!

AMARAN! ADA SPOILER ANIME MOB PSYCHO 100!!

Kita melihat Mob sedang cuba untuk melawan dalaman dirinya dan cuba untuk menahan kuasanya daripada meledak. Selepas mengetahui bahawa buah hatinya, Tsubomi akan berpindah, Mob telah hilang kawalan dan membuatkan diri alternatifnya melakukan huru-hara di dunia luar.

Tetapi jangan risau, kerana hero kita tidaklah bertarung berseorangan kerana Reigen juga telah melakukan sehabis mungkin untuk sedarkan Mob. Walaupun dia tidak mempunyai sebarang kuasa, Reigen sanggup meredah segala bahaya hanya untuk berterus terang kepada Mob dengan harapan dia boleh sedar.

Sudah tentu Dimple kembali dan dengan bantuannya, Reigen memberitahu Mob supaya dia menerima dirinya sendiri yang juga seorang manusia dan esper. Mendengar luahan dan nasihat Reigen, Mob berjaya mengawal badannya semula dan memberanikan diri untuk meluahkan perasaan kepada Tsubomi.

Malang sekali, perasaannya telah ditolak tetapi Mob kini lebih terbuka menunjukkan perasaannya.

Enam bulan telah berlalu sejak kejadian tersebut, Mob dilihat menjadi naib presiden untuk Body Improvement Club manakala Kurata Tome pula kini bekerja dengan Reigen. Siri berakhir dengan kumpulan hero kita membuat kejutan hari jadi kepada Reigen. Siapa sahaja tidak terharu melihat penamat yang baik sebegini.

Jadi apa pendapat anda tentang penamat siri ini? Bagi kami studio Bones telah berikan usaha melebihi 100% untuk Mob Psycho 100! Kalau anda masih belum menonton siri ini, bolehlah lawati platform rasmi seperti Netflix, Bilibili dan Iqiyi.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Mob PsychoMob Psycho 100 III
Previous Post

Ultraman New Generation Stars akan tiba 28 Januari 2023, menampilkan Ultraman Zero!

Next Post

God of War Ragnarok ‘New Game+’ dalam pembikinan, akan datang 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
God of War Ragnarok ‘New Game+’ dalam pembikinan, akan datang 2023!

God of War Ragnarok 'New Game+' dalam pembikinan, akan datang 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd