Pada acara Jump Festa ’23 kelmarin, mereka telah mengumumkan bahawa anime Mashle: Magic and Muscles oleh A-1 Pictures akan tiba pada April 2023. Bersama pengumuman itu, mereka turut mendedahkan video trailer baharu untuk adaptasi anime yang korang boleh tonton di bawah:
Pada masa yang sama, mereka turut mengeluarkan poster visual baru untuk mempromosikan anime:
Antara pelakon suara yang disahkan termasuk:
- Chiaki Kobayashi sebagai Mash Burnedead
- Reiji Kawashima sebagai Finn Ames
- Kaito Ishikawa sebagai Lance Crown
- Takuya Eguchi sebagai Dot Barrett
- Reina Ueda sebagai Lemon Irvine
- Hiroaki Hirata sebagai Narrator
Mashle: Magic and Muscles ialah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukiskan oleh Hajime Kmoto dan mula disirikan dalam majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha sejak Januari 2020, di mana bab-babnya dikumpulkan dalam 14 jilid tankobon setakat Disember 2022. Bagi mereka yang berminat untuk baca, aplikasi dan laman web rasmi MANGA Plus turut mengeluarkan bab-bab secara percuma dalam bahasa Inggeris.
Sinopsis:
Berlatarkan dunia ajaib di mana posisi seorang individu dalam masyarakat ditentukan oleh kuasa dan kemahiran mereka menggunakan ‘magic’, Mash Burnedead ialah seorang lelaki muda tanpa sedikit pun kuasa magic dalam badannya. Duduk jauh di dalam hutan, dia menghabiskan masanya berlatih dan bersenam sambil menikmati kehidupan yang aman bersama bapa angkatnya, Regro.
Tetapi suatu hari, nyawa mereka tiba di dalam ancaman!
Untuk mendapat semula kehidupan yang aman bersama Regro, Mash perlu menjadi seorang Divine Visionary, gelaran yang hanya diberikan kepada pelajar luar biasa dari Easton Magic Academy. Walaupun tidak mempunyai sebarang kuasa magic, Mash tetap pergi ke akademi, bertekad untuk terus hidup dan menunjukkan kepada dunia bahawa ‘muscle’ boleh mengalahkan ‘magic’.
Untuk membaca segala liputan kami tentang anime termasuk berita terkini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post