Acara ACG terbesar di Asia Tenggara, Anime Festival Asia 2022 (AFA) akhirnya kembali serta mengongsikan beberapa highlight acara! AFA 2022 Akan berlangsung pada 25 November sehingga 27 November 2022 di Suntec Singapore Convention and Exhibition Centre.
“Sejak 3 tahun lalu, kami telah menunggu detik ini tiba. Kami gembira dan teruja untuk membawa kembali pengalaman AFA kepada peminat di Singapura Asia Tenggara dan seterusnya. Walaupun segmen kegemaran peminat akan kekal, kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman tersebut ke tahap baharu. Kami berharap pelbagai pengalaman akan menawarkan detik-detik yang tidak dapat dilupakan untuk semua orang, sama ada anda penyokong AFA yang kembali atau baru dalam ACG. Kami akan menyediakan semua peringkat tiket untuk pembelian dalam talian juga, supaya peminat mempunyai masa yang lebih lama untuk merancang lebih awal bagi pengalaman festival mereka,” kata Shawn Chin, Pengasas SOZO dan penganjur AFASG22.
Pelbagai acara akan diadakan sepanjang tiga hari tersebut. Jom kita lihat apa yang menarik nanti!

Tumpuan Utama Day Stage
AFA Day Stage yang terletak di Dewan 405, akan menjadi tuan rumah kepada beberapa siri tayangan, rancangan bual bicara tetamu dan banyak lagi. Antaranya ialah:
- 25 November:
- Penampilan tetamu maya dan rancangan bual bicara dengan V-tuber Fulgur Ovid dari NIJISANJI EN,
- Projek PRISM akan menganjurkan pertempuran face-off yang epik antara dua kumpulan bakat maya, dengan gesaan dipilih secara langsung oleh penonton
- Rancangan bual bicara yang menampilkan Vtubers yang berpangkalan di negara yang berbeza, menampilkan Luna Amane dari NHOT BOT, Maya Ichimonji dari GEMS COMPANY, Nox dari VirtuaReal dan Lilrya Prisvielle dari VReverie
- Penampilan dan persembahan oleh Miura Ayme dan Satoshi Kada daripada Obey Me!, siri game otome “Shall we date?”!
- Penampilan istimewa cosplayer selebriti, Hakken.
- 26 November:
- Tayangan 2 episod pertama ARKNIGHTS: Prelude to Dawn, adaptasi anime game mobile popular, menampilkan mesej rakaman daripada pelakon suara Jepun untuk Amiya dan temu bual rakaman dengan kakitangan produksi dari rumah produksi anime, Yostar Pictures.
- Penampilan oleh Junta Terashima dan Ryota Takeuchi, yang menyuarakan dan menyanyi sebagai watak dari kumpulan The Cat’s Whiskers dalam francais multimedia Paradox Live, menjelang siri anime yang akan datang pada 2023.
- Lycoris Recoil, salah satu tajuk paling popular dari musim anime Julai 2022, akan dipaparkan melalui rancangan bual bicara di atas pentas. Tetamu yang datang untuk acara pentas ini akan diumumkan secara berasingan.
- 27 November:
- Panel khas daripada MAPPA, sebuah studio animasi yang akan membincangkan tentang projek studio semasa dan akan datang, dengan tajuk popular seperti Chainsaw Man, “ATTACK ON TITAN” The Final Season, Hell’s Paradise dan VINLAND SAGA SEASON 2.
- Persembahan DJ istimewa oleh D4DJ, projek multimedia dari Bushiroad , tentang kandungan termasuk anime, game dan konsert langsung yang dipersembahkan oleh pelakon suara.
- Penampilan istimewa serta temu bual bersama pelakon suara, Yuki Ono.
AFA Night LIVE!
AFA Night LIVE! Pula menampilkan barisan YouTuber maya (VTuber) dan artis hebat. Diadakan selama tiga malam, AFA Night LIVE termasuk hololive Meet, rancangan temu bual interaktif dan sesi Meet & Greet dengan beberapa VTuber paling terkenal di dunia, pada 26 November, serta I Love Anisong, acara muzik kegemaran peminat, pada 27 November.
Bukan itu sahaja, peminat boleh menikmati Tayangan Perdana Acara Ulang Tahun Ke-10 Sword Art Online – FULLDIVE – pada 25 November dii AFA Night LIVE! juga.

Creators’ Hub x pixiv
Buat pertama kalinya, AFA akan bekerjasama dengan pixiv, komuniti seni dalam talian terbesar di Jepun, untuk mempersembahkan Creators Hub terbesar yang pernah ada. Di pixiv, orang ramai berkongsi ilustrasi, manga dan novel, dengan hampir 20,000 karya dari 230 wilayah berbeza di seluruh dunia disiarkan setiap hari.
pixiv juga menganjurkan Illustration Contest, di mana penyertaan yang menang akan menerima hadiah yang menakjubkan ini:
- 200,000 JPY secara tunai (lebih kurang RM 6,459.72)
- Booth percuma Creators Hub di AFASG 2023
- Peluang untuk memaparkan karya seni original di kawasan paparan pixiv di Creators Hub

Creator terpilih membuat penampilan
Dengan lebih 150 creator yang mengambil bahagian tahun ini dari 15 negara dan wilayah, penganjur berkongsi bahawa 28 Creator telah dipilih untuk mempamerkan hasil kerja mereka di kawasan festival.
Senarai termasuk:
- Ilustrator ajar sendiri Rachta Lin, yang pengembaraan dan pengalaman mempengaruhi ciptaannya;
- Sarah Thursday, yang mencipta ilustrasi yang diilhamkan oleh subkultur alternatif gelap dengan sentuhan peribadi yang mendalam; dan
- Artis digital Raiko, yang melukis watak daripada game dan anime biasanya dalam gaya separa realistik.
AFA Singapore 2022 juga akan bekerjasama dengan Sarah Thursday untuk mengeluarkan koleksi kapsul edisi terhad! Menampilkan t-shirt eksklusif, tote beg dan pelekat, lihat mereka di AFA SHOP dan AFASHOP.CO!
Pertandingan

Pertandingan J-Dance Asia akan diadakan, dengan Finals pada 26 November di Akiba Stage. Kumpulan yang terdiri daripada 2 hingga 10 orang akan berpeluang menonjolkan koreografi mereka berdasarkan lagu Jepun di hadapan orang ramai. Penari-penari terkenal dari Singapura dan Jepun akan menjadi hakim, dan juga dapat menonjolkan diri mereka dalam pameran tarian khas. Peserta J-Dance Asia berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga S$1,000. Pendaftaran dibuka mulai sekarang hingga 11 November 2022 melalui pautan ini.

Pertandingan pameran Cosplay Singles akan kembali ke AFASG22. Cosplayer boleh mengambil peluang ini untuk mempamerkan kostum mereka di pentas dan berpeluang memenangi wang tunai sehingga $500. Pendaftaran sedang dijalankan dari sekarang hingga 06 November 2022 melalui pautan ini.
Sorotan para Exhibitor
Penganjur berkongsi beberapa sorotan peserta pameran juga. Ia termasuk Anime Metaverse, Bandai, Bushiroad, Conan, Genshin Impact, Good Smile Company, Hakken!, Kotobukiya, Nissin, Valiant Force dan banyak lagi. Pameran akan terdiri daripada barangan eksklusif hingga ke tawaran unik.
Sesi Meet & Greet
Peminat yang ingin bertemu tetamu selebriti AFA boleh menantikan sesi Meet & Greet. Sesi akan tersedia dengan cosplayer selebriti Hakken, Charess dan Ely. Tiket dijual sekarang.
Pengalaman di AFAVERS

Buat pertama kalinya, pengunjung dapat menikmati pengalaman ala game dari saat mereka melangkah ke kawasan festival. Pelawat akan mendapat band berdaya NFC yang direka khas untuk memperoleh AFA Hero XP, AFA Coin, diskaun segera dan membuka easter egg jenis maya. Mereka juga boleh reka Seika AFA-tar sendiri, membuka skin khas dari AFA-Pitstop atau menukar aksesori edisi terhad dengan AFA-Coin.
Peminat dapat membeli semua peringkat tiket, daripada General Admission 1-Day Exhibition hingga tiket 1 Day VIP dalam talian mulai hari ini. Tiket bermula dari S$21(RM70.78) / Sehari untuk pameran.
Butiran lanjut boleh didapati di SINI.
- Anime Festival Asia Singapore 2022 (AFA 2022)
- Tarikh: 25 – 27 November 2022
- Lokasi:on: Suntec Singapore Convention and Exhibition Centre (Levels 3 & 4)
- Masa Pameran: 10 pagi ~ 8 malam
@gamersantaimy
Discussion about this post