Anime Dr. Stone telah mengesahkan tarikh pelepasan untuk musim ke-2! Setelah berakhirnya musim pertama pada tahun lepas, adaptasi story arc Stone Wars daripada siri terkenal Boichi dan Riichirou Inagaki, akan membuat debut pada bulan Januari sebagai sebahagian dari musim Anime Winter 2021. Secara terperinci lagi, ia diumumkan dalam edisi terbaru Weekly Shonen Jump bahawa Dr. Stone Season 2 akan secara rasmi ditayangkan pada 14 Januari 2021 di Jepun.
Musim kedua Dr. Stone akan muncul daripada “cliffhanger” di finale musim pertama ketika Kingdom of Science milik Ishigami Senku bersiap sedia untuk berperang dengan kerajaan Shishio Tsukasa. Musim pertama menyaksikan pelbagai jenis “pertempuran sains” yang menarik, tetapi adaptasi Stone Arc membawa kebijaksanaan Senku ke tahap yang lebih tinggi ketika dia dan Tsukasa mempertaruhkan segalanya untuk membuktikan siapa lebih hebat.
Musim ke-2 akan memperkenalkan lagu pembuka baru berjudul “Rakuen,” yang dipersembahkan oleh Fujifabric, dan lagu penutup baru berjudul “Koe?,” yang dipersembahkan oleh Hatena. Musim baru ini juga akan memperkenalkan watak-watak baru yang menyertai kerajaan Tsukasa.
- Kensho Ono – Ukyo Saionji
- Yoshiki Nakajima – Yo Uei
- Atsumi Tanezaki – Nikki Hanada
#DrSTONE 第2期で登場する司帝国“三傑”キャストを一挙解禁!
弓の腕と抜群の聴力を誇る西園寺羽京役 #小野賢章 さん、警察の格闘技・逮捕術の達人 上井陽(うえいよう)役 #中島ヨシキ さん、柔道使いで大樹と杠の監視人 ニッキーこと花田仁姫(はなだにき)役 #種﨑敦美 さん!!#ドクターストーン pic.twitter.com/mpbmNfxFdO
— アニメ「Dr.STONE」公式 TVアニメ第2期 2021年1月TV放送&配信開始!! (@STONE_anime_off) November 21, 2020
Apa pendapat anda? Teruja untuk menonton musim ke-2 Dr. Stone pada Januari 2021? Beritahu pendapat anda sekarang dalam ruang komen!
@gamersantaimy
Discussion about this post