Anime Blue Lock sah akan kembali untuk Season 2 pada hujung tahun ini. Berita ini diumumkan di akaun Twitter rasmi yang mengesahkan bahawa anime bola sepak itu akan memulakan debut musim kedua pada Oktober 2024.
Tarikh tayangan khusus Blue Lock Season 2 tidak diumumkan lagi, tetapi berita tentang bulan keluaran pun cukup menarik untuk peminat yang tidak sabar-sabar untuk kembali ke padang. Pengumuman itu disertakan dengan ilustrasi oleh artis manga Yusuke Nomura, yang menghasilkan manga original untuk siri itu.
Pada masa yang sama, filem anime Blue Lock -Episode Nagi- juga sedang ditayangkan sekarang di Jepun dan memfokuskan kepada Nagi Seishiro, sebelum dia memasuki fasiliti Blue Lock yang kejam.
Tentang Blue Lock
Berdasarkan manga dengan nama yang sama oleh Muneyuki Kaneshiro dan Yusuke Nomura, Blue Lock sebenarnya sangat popular di kalangan peminat sukan kerana mengubah formula yang selalu dilihat di dalam kisah bola sepak biasa. Kerana itu, tidak heranlah ramai yang teruja untuk menonton versi anime.
Menurut sinopsis:
“Kisahnya bermula dengan penyingkiran Jepun daripada Piala Dunia FIFA 2018, yang mendorong Persatuan Bola Sepak Jepun untuk memulakan program bagi mencari pemain sekolah menengah yang akan memulakan latihan sebagai persiapan untuk Piala 2022.
Isagi Youichi, seorang penyerang, menerima jemputan untuk program ini sejurus selepas pasukannya gagal mara ke peringat Nationals kerana dia menghantar bola kepada rakan sepasukannya yang kurang mahir —yang sepakannya tersasar—tanpa cuba membuat gol untuk mengubah nasib perlawanan.
Jurulatih mereka ialah Ego Jinpachi, yang berhasrat untuk “memusnahkan bola sepak Jepun” dengan memperkenalkan rejimen latihan radikal iaitu: mengasingkan 300 penyerang muda dalam institusi ala penjara bernama “Blue Lock” dan mewajibkan mereka melalui latihan ketat untuk mencipta “penyerang egois terhebat di dunia.”
@gamersantaimy
Discussion about this post