Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime “A Returner’s Magic Should Be Special” Dapat Trailer Baharu! Bakal Tayang Oktober Ini!

Maira by Maira
July 5, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime “A Returner’s Magic Should Be Special” Dapat Trailer Baharu! Bakal Tayang Oktober Ini!

Kredit: A Returner's Magic Should Be Special Animation Partners

Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Mac yang lalu, kita telah mendapat berita bahawa siri manhwa popular, “A Returner’s Magic Should Be Special” mendapat adaptasi anime. Nampaknya siri tersebut sudah hampir siap untuk ditayangkan pada tahun ini. Semasa acara Anime Expo 2023, trailer rasmi untuk anime tersebut telah pun didedahkan! Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Seperti yang didedahkan dalam trailer rasmi, diumumkan bahawa siri anime A Returner’s Magic Should Be Special akan ditayangkan pada bulan 10, bersama-sama anime musim sejuk yang lain.

Siri anime ini akan dihasilkan oleh Arvo Animation, di bawah arahan Taiichi Kawaguchi. Takamitsu Kouno pula bekerja sebagai komposer siri dan penulis skrip, manakala Hiromi Katou bertanggungjawab dalam mereka watak siri. Muzik pula dikompos oleh Kenta Higashiooji. Berikut adalah pelakon suara yang akan meminjamkan suara mereka:

  • Desir Herrman: Takuma Terashima
  • Romaintica Elle: Sayumi Suzushiro
  • Pram Schnaize: Natsumi Fujiwara
Kredit: A Returner’s Magic Should Be Special Animation Partners

Mengenai A Returner’s Magic Should Be Special, ia merupakan siri manhwa yang dihasilkan oleh Wookjakga dan Usonan pada 2018. Anda yang ingin membaca siri ini, boleh ke platform Tappytoon untuk membacanya. Berikut adalah sinopsis siri:

“Dunia berada di ambang kemusnahan selepas perang sepuluh tahun yang dahsyat dalam “shadow labyrinth.” Desir Herrman adalah salah seorang ahli sihir mahir terakhir yang masih berdiri, tetapi dia juga tidak dapat menandingi musuh yang menggerunkan yang mengancam kewujudan manusia. Hanya apabila dia pasti kiamat telah tiba, dia dihantar kembali ke masa awalnya belajar sihir di Hebrion Academy yang berprestij!

Dengan peluang kedua yang jarang berlaku ini, Desir berazam untuk menyelamatkan bukan sahaja dirinya tetapi juga kawan dan rakan seperjuangannya yang telah hilang. Berbekalkan pengetahuan tentang masa depannya, adakah usahanya boleh membawa perubahan, atau adakah mereka semua ditakdirkan untuk menghidupkan takdir yang sama?”

Sumber: Tappytoon

Untuk mendapatkan liputan menarik mengenai manhwa daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: A Returner’s Magic Should Be Specialanimemanhwa
ShareTweetSend
Previous Post

Cara-cara nak Reroll dalam Harry Potter: Magic Awakened

Next Post

Ark: Survival Ascended ditangguhkan & bakal dilancarkan pada Oktober 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Ark: Survival Ascended ditangguhkan & bakal dilancarkan pada Oktober 2023!

Ark: Survival Ascended ditangguhkan & bakal dilancarkan pada Oktober 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd