Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Among Us menggantikan Tinder?! Tempat untuk cari cinta!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 17, 2020
in Android, Artikel, Berita, Bimbingan, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Among Us menggantikan Tinder?! Tempat untuk cari cinta!
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti ramai yang sunyi di rumah kerana pandemik COVID-19. Oleh itu, aplikasi dan permainan video yang membolehkan kita berinteraksi telah meningkat dalam populariti. Ini termasuk Among Us, yang telah menjadi salah satu permainan paling popular pada masa ini. Among Us telah menemui pelbagai cara untuk menghiburkan kami di rumah, sama ada melalui permainan, stream, video, atau meme.

Tetapi beberapa pemain Among US, terutamanya mereka yang bawah umur, menggunakan permainan ini untuk mencari jodoh. Peserta memasuki lobi awam dan bertanya pemain lain tentang jantina atau status hubungan semasa. Mereka memulakan perbualan cinta-cintun, tanpa mempedulikan seluruh lobi. Ada juga yang memberi nombor telefon dan media sosial mereka dalam ruang chat, di mana ia boleh diakses oleh seluruh pemain di lobi.

Saya tidak tahu dari mana idea itu berasal, tetapi ia mungkin datang daripada TikTok. Nampaknya, ada trend yang menyaksikan pelbagai pengguna bertemu pemain lain di Among Us, menggoda mereka, mendapatkan nombor, dan kemudian berpacaran. Pada kebanyakkan video, “gadis comel” itu rupanya seorang lelaki.

Perkara ini boleh mengundang pelbagai jenis masalah kerana kita tidak tahu dengan siapa yang kami sedang bercakap. Among Us tidak mempunyai profil atau akaun, jadi individu yang menggunakan lobi awam dengan mudah boleh menyorokkan identiti, tanpa maklumat tentang usia atau jantina mereka. Dalam erti kata lain, pemain bawah umur berpotensi sedang bercakap dengan penjenayah atau berkongsi maklumat peribadi dengan orang yang tidak sepatutnya.

Nasib baik lah, pemaju InnerSloth menjelaskan rancangan mereka untuk Among Us pada masa akan datang. Di sini, mereka mendakwa bahawa permainan akan mewujudkan fitur akaun untuk pemain tidak lama lagi. Apabila ini berlaku, pemain mungkin dapat melaporkan tingkah laku yang mencurigakan demi keselamatan pemain dan permainan. Hati-hati ya kalau bermain online!

Sumber – Screenrant

Muat turun di sini
Among Us
Publisher: Innersloth
Developer: Innersloth
Release Date TBC
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S
Main dalam talian atau melalui WiFi tempatan dengan 4-10 pemain semasa anda berusaha menyiapkan kapal angkasa untuk berlepas, tetapi berhati-hatilah kerana seseorang menjadi penyamar yang berusaha membunuh semua orang! Nikmati cross-play antara PC, Android dan iOS!
Tags: Among UsdatingInnerSlothMobilePC
Previous Post

Razer mengumumkan KAIRA PRO – Headset Ultimate Xbox dan Cloud Gaming!

Next Post

YouTuber That Works menghasilkan Nichirin Blade Tanjiro Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
YouTuber That Works menghasilkan Nichirin Blade Tanjiro Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba!

YouTuber That Works menghasilkan Nichirin Blade Tanjiro Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd