Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alter Ego Ares menjadi Juara PMSL SEA Fall 2023! Top 6 layak mara ke peringkat global!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 28, 2023
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Mobile, Shooter
0 0
0
Alter Ego Ares menjadi Juara PMSL SEA Fall 2023! Top 6 layak mara ke peringkat global!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas persaingan yang sengit, akhirnya pasukan Alter Ego Ares dari Indonesia telah digelar sebagai juara untuk kejohanan PUBG Mobile Super League (PMSL) SEA Fall 2023. Kejayaan ini juga membuktikan dominasi mereka di dalam game selepas turut memenangi PMSL SEA Spring 2023, lantas menjadikan mereka sebagai “back-to-back champions“.

Khas untuk pasukan Asia Tenggara, PMSL SEA Fall 2023 menampilkan total 20 pasukan dan diadakan secara offline di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur. Enam pasukan terbaik akan melayakkan diri secara automatik ke PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2023.

Dengan prize pool sebanyak $250,000, Alter Ego Ares memperoleh sebahagian besar daripada hadiah wang sebagai juara. Mereka membawa pulang $45,000 manakala naib juara FaZe Clan dan pasukan di tempat ketiga Bigetron Red Villains, masing-masing menerima $25,000 dan $14,000. Senarai kedudukan pasukan adalah seperti berikut:

  1. Alter Ego Ares
  2. FaZe Clan
  3. Bigetron Red Villains
  4. XERXIA Esports
  5. Morph GPX
  6. SEM9
  7. Persija EVOS
  8. Vampire Esports
  9. Yoodo Alliance
  10. Genesis Esports
  11. D’Xavier
  12. The Infinity
  13. BN United
  14. Geek Fam
  15. Rex Regum Qeon
  16. PlayBook Esports
  17. BOOM Esports
  18. Don’t Break Dreams
  19. Box Gaming
  20. Team Secret

Dengan total 163 mata, Alter Ego Ares mendahului carta pasukan dengan perbezaan 4 mata berbanding tempat ke-2. Malah, kisah mereka pun cukup epik!

Grand Finals berjalan selama tiga hari, di mana hari pertama diambil oleh FaZe Clan yang memenangi dua Winner Winner Chicken Dinner. Malangnya, juara Alter Ego Ares duduk di bahagian bawah carta dengan hanya 39 mata (perbezaan sebanyak 46 mata berbanding tempat pertama).

Pada hari kedua, Alter Ego masih tidak dapat menentang pasukan lain dan gagal memperolehi mata untuk masuk ke kelompok Top 10. Pada masa ini mereka telah mengumpul sebanyak 73 mata manakala tempat pertama FaZe mengumpul sebanyak 125 mata.

Kredit: PUBG Mobile Malaysia

Siapa yang boleh membayangkan bahawa pasukan daripada tempat ke-13 akan menjadi juara, dan ternyata Alter Ego Ares berjaya membuktikan hal ini! Masing-masing menunjukkan prestasi dan gerakan strategik yang luar biasa dan akhir sekali, berjaya menjulang trofi tersebut.


PUBG Mobile Global Championship 2023 akan diadakan pada hujung tahun ini dan menjadi tempat di mana pasukan terbaik daripada seluruh dunia bersaing. SEM9, yang mewakili Malaysia turut akan bersaing dalam kejohanan ini, jadi saya doakan supaya mereka sukses dalam kejohanan kali ini!

Untuk membaca segala liputan kami tentang e-sukan, sila tekan pautan ini.

Tags: Alter Ego AresPMSL SEA Fall 2023pubg mobile
ShareTweetSend
Previous Post

Kumpul Hampir 30 ribu Komik & Manga, Individu Ini Tempah Nama dalam Malaysia Book of Records!

Next Post

My Hero Academia 398: Bagaimana “Symbol of Peace” Tercipta! [SPOILER]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
My Hero Academia 398: Bagaimana “Symbol of Peace” Tercipta! [SPOILER]

My Hero Academia 398: Bagaimana "Symbol of Peace" Tercipta! [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd