AMARAN: Artikel ini mengandungi spoiler untuk My Hero Academia #273 oleh Kohei Horikoshi.
Sejak All For One masuk penjara, Tomura Shigaraki telah melipatgandakan kebolehan Quirk-nya. Ia menjadi terlalu kuat sehingga Shigaraki dapat memusnahkan sebuah bandar semasa pertarungan League of Villains dan Meta Liberation Army. Dalam bab terkini, dia menghancurkan Hospital Jaku dan kawasan di sekitarnya setelah bangkit daripada eksperimen Garaki Kyūdai yang berusaha untuk meningkatkan lagi kekuatan Shigaraki. Setelah memiliki Quirk All For One yang asli, Shigaraki telah bangkit sepenuhnya, dan kini memakai kostum baru serta ingin menguji sejauh mana evolusi Quirk-nya.
Pada permulaan My Hero Academia #273, Midoriya Izuku dan rakan-rakanya berada di bandar berhampiran Hospital Jaku dan sedang berusaha untuk pindahkan orang ke kawasan yang selamat sambil mengelak gelombang kehancuran Shigaraki. Ketika Deku menyedari apa yang sedang terjadi, adegan beralih ke Shigaraki, yang berdiri di atas kawasan batu yang sebenarnya ialah tapak asal Hospital Jaku. Shigaraki kini memakai mantel milik X-Less. Sebagai Pro-Hero yang paling dekat dengan Shigaraki ketika penjahat itu bangkit, X-Less telah dibunuh oleh Quirk Shigaraki bernama Decay.
Shigaraki, yang sedang biasakan diri dengan kebolehan barunya, belajar bawaha dia kini memiliki kemampuan untuk “memilih bila untuk melancarkan Decay.” Ini bermaksud dia memiliki lebih banyak kawalan atas Quirk-nya yang sudah sangat hebat. Setelah menyedari hal ini, Shigaraki menghubungi Machia dan memintanya untuk membawa anggota Paranormal Liberation Front. Namun, Hero no.1 Endeavour tiba – setelah mengelak serangan awal Shigaraki – untuk melawan penjahat itu “1-by-1.”
Penambahan mantel yang koyak bersama rambut yang lebih putih telah mengubah penampilan Shigaraki kepada sesuatu yang lebih menakutkan. Disekalikan dengan evolusi kebolehannya, Shigaraki ialah ancaman terbesar dalam dunia My Hero Academia. Adakah Deku pun akan menerima “power-up“? Jauh sekali. Jalan cerita masih jauh untuk sampai ke tahap itu. Nantikan pertarungan seterusnya antara Shigaraki dan Endeavour! Kemungkinan besar, ada watak penting yang akan terkorban.
@gamersantaimy
Discussion about this post