Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alan Wake 2 Ditunda ke 27 Oktober 2023, Beri Laluan kepada Pemain untuk Main Game Lain

Maira by Maira
August 18, 2023 - Updated on October 23, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Alan Wake 2 Ditunda ke 27 Oktober 2023, Beri Laluan kepada Pemain untuk Main Game Lain

Sumber: Remedy Entertainment

Share on FacebookShare on Twitter

Tahun ini memang banyak game hebat yang dilancarkan, tidak kiralah daripada pembangun besar mahupun indie. Lebih menarik sekali, bulan Oktober nanti memang padat dengan game AAA yang dinanti-nantikan ramai. Antaranya, Spider-Man 2, Super Mario Bros. Wonder, Assassin’s Creed Mirage, Alan Wake 2 dan banyak lagi! Melihat jadual yang padat tersebut, pembangun Alan Wake 2 nampaknya telah menunda pelancaran game mereka selama 10 hari!

Sumber: Remedy Entertainment

Keputusan tersebut diberikan untuk memberi pemain ruang untuk menikmati game kegemaran mereka yang keluar pada bulan tersebut. Sebelum ini, Alan Wake 2 dijadualkan untuk lancar pada 17 Oktober tetapi kini mendapat jadual baharu iaitu pada 27 Oktober 2023. Bermakna pemain mempunyai banyak masa untuk diluangkan pada game lain sebelum memulakan pengembaraan mereka bersama novelis popular ini di Dark Place.

An update from the Alan Wake 2 team: we're moving Alan Wake 2's launch from October 17 to October 27.

October is an amazing month for game launches and we hope this date shift gives more space for everyone to enjoy their favorite games.

We can't wait to show you what everyone's… pic.twitter.com/GpLxyr2xvY

— Alan Wake 2 (@alanwake) August 17, 2023

Agak masuk akal juga pilihan yang dilakukan oleh pembangun. Dengan dua tajuk gergasi seperti Spider-Man 2 dan Super Mario Bros. Wonder, sudah tentu ramai yang akan lebih cenderung untuk bermain game tersebut. Dengan tarikh baharu ini, pemain sekurang-kurangnya mempunyai masa seminggu untuk bermain game tersebut.

Tentang Alan Wake 2

Ia merupakan game seram single-player psikologi dan sekuel kepada game asal pada 2010, Alan Wake. Sekuel ini dibina dari bawah untuk menjadi pengalaman sebenar generasi akan datang di pelbagai platform dengan visual terperinci yang menakjubkan yang menghidupkan cerita, aksi dan persekitaran melalui enjin Northlight Remedy.

Sumber: Remedy Entertainment

Anderson, ejen FBI yang terkenal dengan reputasi untuk menyelesaikan kes yang mustahil, tiba untuk menyiasat pembunuhan itu. Tidak lama kemudian peristiwa itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia menemui halaman cerita seram yang mula menjadi kenyataan di sekelilingnya. Entah bagaimana peristiwa itu seolah-olah membawa kepada Alan Wake, penulis seram yang hilang 13 tahun lalu.

Sumber: Remedy Entertainment

Alan Wake, seorang penulis yang hilang terperangkap dalam mimpi ngeri di luar dunia kita, menulis sebuah cerita dalam usaha untuk membentuk realiti di sekelilingnya dan melarikan diri dari penjaranya. Dengan seram gelap memburunya di Dark Place, Wake cuba mengekalkan kewarasannya dan mengalahkan syaitan dalam permainannya sendiri.

Sumber: Remedy Entertainment

Selain itu, mereka juga telah membuka pra-tempah dan terdapat 2 versi yang akan dikeluarkan oleh mereka seperti berikut:

  • Standard Edition
    • Salinan game
  • Deluxe Edition
    • Salinan game
    • Expansion Pass (Night Springs Expansion & Lake House Expansion)
    • Nordic shotgun skin untuk Saga
    • Parliament shotgun skin untuk Alan
    • Crimson windbreaker untuk Saga
    • Celebrity suit untuk Alan
    • Lantern charm untuk Saga

Alan Wake 2 akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Epic Games Store pada 27 Oktober 2023. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Alan WakeAlan Wake 2Alan Wake II
ShareTweetSend
Previous Post

Kartun klasik ngeri “Happy Tree Friends” diadaptasikan ke game – akan keluar di PS, Xbox, Switch & PC!

Next Post

Mega Man X DiVE Offline Rasmi Lancar pada 1 September di Steam, iOS dan Android!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Mega Man X DiVE Offline Rasmi Lancar pada 1 September di Steam, iOS dan Android!

Mega Man X DiVE Offline Rasmi Lancar pada 1 September di Steam, iOS dan Android!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd