Berikutan kontroversi berkaitan game Bayonetta 3 baru-baru ini, direktor game PlatinumGames Hideki Kamiya telah menutup akaun Twitter-nya pada hujung minggu lalu. Jom kami ceritakannya secara ringkas kepada anda.
Untuk pengetahuan anda, ia bermula dengan sebuah video yang dimuat naik oleh pelakon suara Bayonetta terdahulu, Hellena Taylor. Pelakon tersebut telah meminta supaya ramai pemain memboikot game Bayonetta 3, yang merupakan entri terbaru francais tersebut.
Antara sebab mengapa Taylor berbuat demikian ialah berikutan kadar gajinya yang ditawarkan adalah sedikit, memandangkan ia sebuah game yang besar. Dia juga telah menolak tawaran untuk menyuarakan Bayonetta semula kerana hanya ditawarkan $4,000 sahaja untuk keseluruhan game. Kini, Bayonetta dimainkan oleh pelakon suara terbaru, Jennifer Hale.
Taylor juga meminta peminat francais supaya mendermakan wang mereka kepada badan amal daripada membeli game Bayonetta 3. Tambahnya lagi, dia telah menghubungi Direktor PlatinumGames, Hideki Kamiya mengenai tawaran tersebut dan diberitahu bahawa bayaran tersebut adalah tawaran terbaik yang PlatinumGames boleh berikan.
Rasanya anda mesti sudah tahu apa yang terjadi. Sudah tentu ramai pemain luar negara serbu ke akaun Twitter Kamiya. Siap ada juga yang sanggup spam untuk disekat oleh direktor tersebut. Jadi memang tidak pelik mengapa akaun tersebut ditutup sementara.
Ada kemungkinan besar akaun Twitter direktor tersebut telah dibenderakan kerana menyekat banyak akaun pengguna lain yang reply di akaunnya. Lagipun, dia seorang yang “terkenal” dengan menyekat akaun pengguna yang tweet menggunakan bahasa asing selain Jepun. Walaupun begitu, akaunnya sudah aktif semula tetapi masih giat dengan menyekat pengguna lain.
Sebenarnya, isu bayaran rendah kepada pelakon suara bukanlah isu yang baru, tetapi sudah lama. Tidak kiralah untuk animasi ataupun game, ramai pelakon suara yang mendapat bayaran yang tidak berbaloi walaupun kerja yang dilakukan boleh mengaut keuntungan lebih jutaan ringgit.
Apa pula pendapat anda mengenainya? Boleh kongsikannya di ruangan komen. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Bayonetta daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post