Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ahli sihir kelas-S, GILDARTS akan muncul sebagai playable character di game terbaru FAIRY TAIL!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 20, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4
0 0
0
Ahli sihir kelas-S, GILDARTS akan muncul sebagai playable character di game terbaru FAIRY TAIL!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Fairy Tail mesti tertunggu-tunggu game baru Fairy Tail hasil Hiro Mashima pada Jun ini kan? Di sini, saya ingin kongsikan beberapa maklumat baru untuk peminat yang ingin tahu lebih. Dibangunkan oleh Gust, Koei Tecmo berkongsi beberapa info baru hari ini, dan mendedahkan penambahan ahli sihir kelas-S Gildarts Clive. Selain daripada watak baru ini, game Fairy Tail ini juga mempunyai story arc “Eclipse” yang popular. Berikut adalah story trailer baru:

Koei Tecmo pula menjelaskan Gildarts sebagai:

Salah satu penambahan paling kuat dalam senarai watak Fairy Tail. Gildarts adalah ahli sihir kelas-S yang menggunakan sihir “Crush” untuk menghancurkan apa sahaja yang dia sentuh kepada bahagian-bahagian kecil. Gildarts menyertai perjuangan untuk menyokong Natsu dan ahli-ahli lain, dan menggunakan kekuatannya yang luar biasa untuk membantu beri kelebihan dalam pertarungan akan datang. Sepanjang pengembaraan ini, para peminat akan dapat membentukkan pasukan impian mereka daripada watak-watak FAIRY TAIL, termasuk Gildarts, Erza, Gray, dan Gajeel.

Lebih banyak watak yang bertarung bersama, lebih tinggi lagi hubungan persahabatan mereka akan meningkat. Apabila tahap persahabatan mereka meningkat, perbualan-perbualan khusus yang dipanggil “Bond Dialogue” boleh dimainkan, termasuk dialog asli yang ditulis secara khusus untuk game FAIRY TAIL.

Story arc “Eclipse” mengisahkan pula tentang eksperimen gila bernama “Project Eclipse“. Tujuan utama eksperimen ini adalah untuk membuka gerbang ke masa lalu bagi melepaskan naga-naga kuat yang hidup lebih daripada 400 tahun yang lalu. Bersiap sedia untuk bertarung naga jahat Zirconis apabila Fairy Tail keluar di PS4, Switch, dan PC pada 25 Jun.

Tags: animeFairy TailGildartsHiro Mashimakoei tecmoPCPS4switch
Previous Post

Luangkan masa anda dengan 5 Game PC ini semasa COVID-19 lockdown!

Next Post

DISORDER Mobile secara rasmi hadir di Asia Tenggara hari ini termasuk Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
DISORDER Mobile secara rasmi hadir di Asia Tenggara hari ini termasuk Malaysia!

DISORDER Mobile secara rasmi hadir di Asia Tenggara hari ini termasuk Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd