Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Umum PC Serba Lengkap Siri Aspire C & Router Mesh Wave 7 dengan Wi-Fi 7!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2024
in Aksesori, Artikel, Berita, Desktop, Hardware, Komputer, Teknologi
0 0
0
Acer Umum PC Serba Lengkap Siri Aspire C &  Router Mesh Wave 7 dengan Wi-Fi 7!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer hari ini mengumumkan dua model baru dalam siri PC serba lengkap Aspire C, yang menyediakan pengalaman berkuasa AI yang lancar untuk pengkomputeran dan hiburan harian; dan mengembangkan portfolio penghala tanpa wayarnya dengan dua pilihan baharu direka untuk para gamer dan pelbagai individu.

Berikut adalah info lengkap:

Desktop Aspire C Baharu

Acer Aspire C24 | Kredit: Acer

Acer Aspire C24 (C24-195ES) dan Acer Aspire C27 (C27-195ES) baharu dikuasakan oleh cip pemproses sehingga Intel Core Ultra 7 155U dengan Perangsang Intel dan Grafik Intel terbina dalam, dengan sokongan untuk memori dwi jalur DDR5 sehingga 32GB dan M.2 PCIe SSD sehingga 2 TB.

Untuk melengkapi kegunaan komputer AI serba lengkap ini, ciri-ciri produktiviti seperti Copilot, teman AI seharian, mengandalkan kuasa AI untuk merangsang produktiviti dan menyerlahkan kreativiti, manakala perisian Intel Unison membolehkan pelbagai peranti dan sistem operasi berkumpul dalam pengalaman yang bersepadu di atas satu paparan.

Acer Aspire C24 | Kredit: Acer

Kamera web 1440p QHD 5.0 megapiksel (dengan penutup privasi) menyokong kesan Windows Studio dan Acer PurifiedVoice dengan teknologi pengurangan bunyi untuk menghalang bunyi latar belakang yang tidak diingini ketika menjalankan mesyuarat dan perbincangan di atas talian.

Para pengguna juga akan senang hati dengan penyambungan yang cepat dan stabil ketika strim dan melayari internet berkat penyambungan Wi-Fi 7, di samping audio Bluetooth LE yang membolehkan penularan pelbagai strim untuk kualiti audio tanpa yang dipertingkatkan melalui pelbagai peranti audio.

Acer Aspire C27 | Kredit: Acer

PC serba lengkap Acer Aspire C datang dengan paparan IPS resolusi FHD 23.8 dan 27 inci dengan bezel nipis dan nisbah paparan ke badan yang mengagumkan, sehingga 95.7% untuk model 27 inci, dan dilengkapi dengan teknologi Acer Bluelight Shield yang membolehkan para pengguna untuk mengurangkan tahap cahaya biru di atas paparan untuk tontonan yang lebih selesa.

Direka untuk menjadi serba boleh, siri Aspire C yang ramping dan bergaya minimalis menyediakan kelenturan dan ke boleh gerakan dengan paparan yang boleh disengetkan (-5 to 25°) dan dipusing (sehingga 30°kiri/kanan) di atas penyangga boleh laras ergonomik yang boleh mencapai ketinggian 120mm, dengan tambahan kit pemasangan VESA untuk lebih banyak pilihan tetapan.

Acer Aspire C27 | Kredit: Acer

Ia datang dengan set papan kekunci dan tetikus tanpa wayar Acer Elite 19 yang anggun dan sesuai untuk pelbagai ruang atau stesen kerja, dan pelbagai palam untuk pelbagai penyambungan peranti dan pemindahan data yang cepat: empat palam USB Jenis A, palam Jenis C, dan HDMI.

Malangnya, harga dan ketersediaan produk di atas masih belum diumumkan di Malaysia.

Acer Wave 7

Kredit: Acer

Acer Wave 7 mengandalkan piawaian Wi-Fi 7 yang canggih, menawarkan kecepatan yang tinggi sehingga 6400 Mbps dengan kebolehpercayaan yang tinggi dan latensi yang rendah.

Tersedia dalam dua tetapan, para pengguna boleh memilih antara gabungan 2.4GHz dan 5GHz, atau gabungan 2.4 GHz dan 6GHz berdasarkan keperluan mereka. Wave 7 menawarkan pilihan satu pek, dua pek dan tiga pek untuk fleksibiliti dan liputan tambahan apabila membina sistem rangkaian.

Wave 7 menggunakan sokongan saluran 320 MHz dan teknologi Operasi Pelbagai Pautan (MLO), membolehkan pelbagai peranti untuk menghantar dan menerima data dengan serentak di seberang pelbagai frekuensi, meningkatkan daya pengeluaran dengan ketara, mengurangkan latensi, dan mengurangkan gangguan.

Sistem mesh yang inovatif membolehkan pengembangan tambahan dengan menambah pusat akses tambahan, membuat liputan Wi-Fi yang lancar di seluruh rumah atau ruang yang luas.

Wave 7 juga dilengkapi tiga palam Ethernet Gigabit dengan kebolehan WAN/LAN boleh tukar untuk tetapan rangkaian yang luntur, dan keselamatan Akses Terlindung Wi-Fi (WPA) terbina dalam untuk ketenangan tambahan.

Predator Connect W6x

Kredit: Acer

Direka untuk para gamer, Predator Connect W6x mengandalkan sokongan untuk Wi-Fi 6, menyediakan kecepatan sehingga 6000 Mbps. Dilengkapi dengan cip pemproses empat teras yang berkuasa, RAM DDR4 1 GB, dan ROM 256 MB, penghala ini mengutamakan kadar hilang hampir sifar untuk permainan lancar, tanpa gangguan.

Sebagai tambahan, lampu penunjuk LED di penutup menunjukkan status sambungan rangkaian untuk menawar isyarat visual yang senang.

Para gamer boleh mengawal rangkaian mereka dari jarak jauh dengan aplikasi Predator Connect yang boleh dimuat dalam telefon pintar atau tablet bermula dari bulan Julai.

Predator Connect W6x juga dilengkapi dengan pelbagai pilihan palam, termasuk empat palam Gigabit Ethernet untuk penyambungan LAN dan satu palam 2.5 Gigabit Ethernet untuk penyambungan WAN.

Malangnya, harga dan ketersediaan produk di atas masih belum diumumkan di Malaysia.


Baca segala berita kami tentang Acer di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Acer Aspire CWifi Router
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Merangsang Tempat Kerja Dengan TravelMate Baharu & Chromebook Plus Enterprise

Next Post

Laptop Acer Siri Swift Baharu Akan Dilengkapi Dengan Cip Pemproses AMD Ryzen AI Siri 300

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SpongeBob SquarePants Akan Datang Ke Sonic Racing: CrossWorlds Melalui Season Pass!
Berita

SpongeBob SquarePants Akan Datang Ke Sonic Racing: CrossWorlds Melalui Season Pass!

June 23, 2025
ASUS Malaysia Melancarkan ‘Fragrance Mouse’ Pertama di Dunia Dengan Tawaran Eksklusif Beli-Satu-Percuma-Satu!
Teknologi

ASUS Malaysia Melancarkan ‘Fragrance Mouse’ Pertama di Dunia Dengan Tawaran Eksklusif Beli-Satu-Percuma-Satu!

June 23, 2025
Honor of Kings Umum Update Paling Besar Setakat Ini — Selamat Datang ke Honor of Kings Plus!
Berita

Honor of Kings Umum Update Paling Besar Setakat Ini — Selamat Datang ke Honor of Kings Plus!

June 23, 2025
Next Post
Laptop Acer Siri Swift Baharu Akan Dilengkapi Dengan Cip Pemproses AMD Ryzen AI Siri 300

Laptop Acer Siri Swift Baharu Akan Dilengkapi Dengan Cip Pemproses AMD Ryzen AI Siri 300

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd