Acer hari ini melancarkan Acer Nitro 5 baharu yang menggabungkan kuasa generasi ke-11 pemprosesan mobile Intel Core Siri-H (diberi kod “Tiger Lake-H”) bersama NVIDIA GeForce RTX 3060 ke pasaran Malaysia. Bersempena Jualan Pertengahan Tahun 7.7, Acer Malaysia juga menawarkan diskaun sehingga 50% untuk produk Acer terpilih di kedai rasmi dan bertauliah Acer di shopee dan Lazada.
Generasi ke-11 pemprosesan mobile Intel Core Siri-H dibangunkan untuk penggemar permainan video dan juga pembangun permainan yang mahukan kuasa pemproses yang lebih besar. Digandingkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060, Acer Nitro 5 baharu ini didatangkan dengan keupayaan sehingga 16GB DDR4 RAM dan 512GB PCIe NVMe SSD yang boleh mengendalikan permainan paling popular. Bagi penggemar permainan video yang mahukan lebih banyak RAM dan kapasiti simpanan, Acer Nitro 5 juga boleh dipertingkatkan sehingga 32GB RAM dan tambahan slot M.2 bersama slot 2.5-inci SATA untuk membesarkan simpanan.
Menggunakan chasis kontemporari dan bergaya, Acer Nitro 5 baharu ini memiliki bezel paparan nipis 15.6-inci IPS FHD bersama kadar penyegaran 144Hz pada panel lawa yang menyokong 72% NTSC gamut warna. Ia juga dilengkapi dengan port Wi-Fi 6 dan Ethernet (RJ-45) yang menykong Killer Ethernet E2600 bagi memastikan permainan yang lancar. Dengan hanya satu sentuhan pada kunci khusus NitroSense, pengguna boleh sekilas itu memantau suhu sistem, prestasi muat turun, mengatur kelajuan kipas dan menyusun atur kekunci RGB 4-zon.
Boleh didapati sekarang di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan semua penjual bertauliah Acer di seluruh negara, Acer Nitro 5 dengan pemproses Intel Core i7-11800H dan 16GB RAM ini adalah berharga RM5,699. Pelanggan yang membeli versi ini antara 5 Julai dan 9 Julai daripada kedai rasmi dan bertauliah Acer di Shopee dan Lazada akan layak menerima Acer Gateway FAE-i5 pro Wireless Earphones secara percuma yang bernilai RM239.
Acer Nitro 5 dengan Intel Core i5-11400H dan 8GB RAM berharga RM4,799 akan ada di pasaran Malaysia pada akhir bulan Julai 2021.
Jualan Pertengahan Tahun 7.7
Bersempena Jualan Pertengahan Tahun 7.7, Acer Malaysia mempunyai siri-siri promosi bagi komputer riba, komputer meja, monitor dan aksesori di kedai rasmi dan bertauliah Acer di Shopee dan Lazada.
Komputer riba nipis dan ringan Generasi ke-11 Intel Core i7 Acer Swift 5 boleh diperoleh pada harga RM4,499 selepas diskaun sebanyak RM300 (RP: RM4,799). Monitor terpilih juga ditawarkan pada harga promosi. Monitor Acer XV270P, Acer XB273UGX, AOpen 22CV1Q dan AOpen 27HC5RP semuanya dipotong lebih 15% daripada harga runcit mereka. Selain itu, aksesori pula ditawarkan diskaun lebih daripada 50% sepanjang tempoh promosi termasuk `laptop sleeve’ 14-inci Acer, Acer E300 Trueharmony Earphones dan Predator Galea 311 gaming headset.
Pada masa yang sama, Acer turut mengumumkan potongan sebanyak RM500 bagi model popularnya, Predator Helios 300 bagi bulan Julai 2021. Dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060, Predator Helios 300 (PH315-53-79E7) dengan Intel Core i7-10870H kini ditawarkan pada harga RM5,499, manakala Predator Helios 300 (PH315-53-58U0) dengan Intel Core i5-10500H berharga RM4,799.
Butiran mengenai tempoh promosi dan kedai-kedai yang turut serta:
Tempoh Promosi | Kedai Dalam Talian Rasmi Acer | Pautan |
7 Julai 2021 | Acer Official Store (Shopee) | https://shopee.com.my/acer_os_my |
7 Julai 2021 | Acer Certified Store – Just IT (Shopee) | https://shopee.com.my/acer.os.justit |
7 Julai 2021 | Acer Certified Store – NBP (Shopee) | https://shopee.com.my/acer.os.nbp |
5 – 7 Julai 2021 | Acer Certified Store – Aoneplus (Lazada) | |
5 – 7 Julai 2021 | Acer Certified Store – NBP (Lazada) |
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat) atau email [email protected].
@gamersantaimy
Discussion about this post