Acer Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan komputer riba nipis lagi ringan Acer Swift Edge 16 terbaru dan komputer desktop All-in-One (AIO) Siri Aspire S. Peranti-peranti ini direka untuk memenuhi keperluan keluarga, pelajar, dan profesional, dan menawarkan reka bentuk minimalis bagi mereka yang berminat. Boleh didapati sekarang pada harga bermula RM3899, berikut adalah butiran lengkap:
Acer Swift Edge 16
Dengan casis magnesium aloi, ukuran senipis 12.95mm dan berat 1.17 kg, Acer Swift Edge 16 baharu ini ultra nipis, dan ultra ringan bersama kemasan Flax White. Acer Swift Edge 16 baharu tersedia dalam dua varian, dikuasakan oleh cip pemproses AMD Ryzen 7 7735U atau AMD Ryzen 5 7535U.
Dengan RAM LPDDR5 16GB dan storan SSD PCIe Gen 4 hingga 1TB, ini membolehkan pemindahan data yang cepat, latensi rendah, dan masa muat yang cepat.
Teknologi penyejukan TwinAir, lengkap dengan kipas yang dipertingkatkan dan reka bentuk papan kunci dengan saluran masuk angin memastikan peranti ini boleh berfungsi di tahap yang tertinggi. Tambahan pula, ia juga dilengkapi dengan Microsoft Pluton di tahap perkakasan untuk keselamatan dan prestasi yang dipertingkatkan.
Acer Swift Edge baharu lengkap dengan panel 16-inci 3.2K yang menawarkan pengalaman tontonan gred- pawagam dengan kadar segar semula 120Hz, sokongan 100% gamut warna DCI-P3 dan masa tindak balas 0.2 ms. Melengkapi ciri-ciri ini adalah nisbah kontras sebanyak 1,000,000:1, kecerahan sehingga 500 nits dan pengesahan VESA DisplayHDR True Black 500.
Tambahan pula, paparan ini disahkan oleh TÜV Rheinland Eyesafe® untuk mengurangkan pendedahan kepada cahaya biru dan meningkatkan keselesaan pengguna semasa sesi tontonan yang panjang.
Harga dan ketersediaan
Kini boleh didapati segera, Acer Swift Edge 16 baharu ditawarkan dengan harga bermula dari RM 3,999.
30 pelanggan pertama yang membeli Acer Swift Edge 16 baharu sebelum 30 September 2023 layak menebus hadiah-hadiah yang bernilai hingga RM948, termasuk tetikus tanpa wayar Porsche, beg galas Austin, dan kredit eWallet Touch ‘n Go.
Pelanggan-pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah bulan Acer Day dari kumpulan hadiah yang bernilai hingga RM100,000 melalui www.a-redemption.com.
Komputer Desktop Semua-Dalam-Satu (AIO) Siri Acer Aspire S
Direka untuk menyokong kegunaan komputer harian dan keperluan hiburan seisi keluarga, komputer desktop AIO Acer Siri Aspire S menawarkan ruang kerja kontemporari dalam keselesaan rumah pengguna.
Siri Aspire S dari Acer tersedia dalam dua varian, satu versi 31.5 inci dengan cip pemproses Intel Core i7 generasi ke-13, dan satu model 27 inci yang dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core i5 ke-12.
Komputer desktop AIO ini juga dilengkapi dengan casis aluminium yang dibuat dengan elegan dan paparan boleh dicondongkan ergonomik yang direka dengan teliti, memastikan pengalaman tontonan yang terbaik.
Panel WQHD dengan sempadan yang nipis dari Siri Acer Aspire S ini menawarkan tontonan yang jelas lagi menakjubkan atas paparan yang luas, manakala dua pembesar suara menyampaikan audio yang imersif dengan teknologi bunyi sekeliling DTS.
Untuk panggilan video dan penciptaan kandungan yang dipertingkatkan, kedua-dua AIO dilengkapi dengan kamera web yang dipasang secara magnetik. Acer Aspire S27 menawarkan kamera web 1080p manakala Aspire S32 datang dengan kamera web QHD 1440p diiringi aksesori lampu cincin, memastikan penampilan pengguna yang terbaik.
Harga dan ketersediaan
Tersedia dengan segera, komputer desktop AIO Acer Siri Aspire S dijual dengan harga bermula dari RM 3,899.
Sempena kempen Acer Day, pelanggan-pelanggan yang membeli komputer desktop AIO Acer Siri Aspire S sebelum 30 September 2023 akan layak menebus kredit eWallet Touch ‘n Go bernilai sehingga RM250 dan berpeluang untuk memenangi hadiah dari kumpulan hadiah yang bernilai sehingga RM100,000 dalam hadiah bulanan melalui www.a-redemption.com.
Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Acer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post