Acer Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan kempen tahunan yang ditunggu-tunggu, Acer Day dengan tema ‘Live Your World’ untuk menyeru rakyat Malaysia membuat yang terbaik dalam apa jua keadaan yang mereka lalui. Selain promosi Acer Day dan aktiviti biasa, Acer Malaysia akan menyumbangkan sebahagian hasil dari setiap pembelian peranti terpilih selama kempen ini bagi pihak pelanggan kepada World Vision.
Berdasarkan falsafah menghubungkan insan melalui muzik dari pendahulunya, Acer pada tahun ini mengumpulkan penyanyi muda dari enam negara untuk menghasilkan lagu tema ’Live Your World‘. Mewakili Malaysia adalah Aina Abdul, yang menyanyi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Penyanyi wanita Malaysia tersebut disertai dengan penyanyi berbakat dari – Indonesia, Filipina, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
“Bagi pihak Acer Malaysia, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan daripada pelanggan kami. Acer Malaysia berada di kedudukan jenama terlaris No.1 di Lazada dan dalam kategori komputer dan komputer riba dalam Jualan Pertengahan Tahun 7.7 baru-baru ini. Menerusi Acer Day, kami menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk menikmati promosi istimewa dan menyertai pelbagai aktiviti di mana mereka berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM10,000!” kata Johnson Seet, Pengarah Pemasaran, Produk, dan Perniagaan Pengguna, Acer Malaysia.
Acer Swift Series – Ringan & Tipis untuk Semua
Dalam acara yang sama, Acer turut mengumumkan penambahbaikan kepada komputer ribanya yang mendapat permintaan tinggi – Acer Swift 3 dan Acer Swift 1. Swift terkenal sebagai siri komputer riba yang ringan dan tipis, dan kini Swift 3 didatangkan dengan skrin 16-inci yang lebih besar manakala Swift 1, komputer riba mampu milik yang ringan dan tipis itu hadir dengan pemproses Intel Pentium Silver N6000.
Hadir dengan paparan FHD IPS 16 inci, Acer Swift 3 menawarkan “ruang kerja” yang lebih besar kepada pengguna. Berbanding dengan varian 14 inci, Acer telah mengekalkan ketinggian pada 14.9mm dan penambahan hanya 500 gram, menjadikan beratnya hanya 1.7kg untuk komputer riba 16 inci dengan paparan mengagumkan dengan gamut warna 100% sRGB. Diperkasakan oleh pemproses 11th Gen Intel Core i7-11370H, SSD 512GB PCIe NVMe dan RAM sehingga 16GB, Acer Swift 3 mempunyai kuasa prestasi yang jitu untuk mengendalikan beberapa perisian dalam satu masa, selain hiburan keluarga.
Komputer riba mampu milik yang ringan dan tipis, Acer 1 ditambah baik dengan Intel Pentium Silver N6000 pemprose terbaharu dan diiringi dengan RAM 4GB dan SSD 256GB pantas yang mampu mengendalikan sidang maya dan untuk anak-anak melakukan kerja rumah, selain tujuan hiburan dengan masa loading minima.
Kedua-dua Acer Swift 3 dan Acer Swift 1 hadir dengan Microsoft Office Home & Student 2019 yang sudah tersedia. Kedua-dua model boleh didapati di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan semua penjual bertauliah Acer di seluruh negara bermula dari 3 Ogos 2021. Acer Swift 1 berharga RM2,099. Manakala Acer Swift 3 16 inci hadir dengan dua varian yang ditunjangi 11th Gen Intel Core i7 dan Intel Core i5, masing-masing berharga RM4,599 dan RM3,699.
Semasa Acer Day x Shopee Superbrand Day, Acer Swift 3 tersedia akan dihadiahkan dengan Gateway Pro Wireless Headset yang bernilai RM239. Acer Swift 1 baharu turut menawarkan potongan harga RM100 dan percuma Acer E300 Trueharmony Earphones bernilai RM199 dalam tempoh dua hari yang istimewa itu.
AOpen PV12 – Teater Rumah Bersaiz Tapak Tangan
Dengan saiz kertas A6, projector mudah alih bersaiz tapak tangan, AOpen PV12 berukuran kurang 4cm tinggi dan 440 gram berat. AOpen PV12 didatangkan dengan bateri yang menawarkan sehingga 5 jam jangka hayat untuk membolehkan ia dibawa ke mana-mana, termasuklah ketika berkelah, sekali gus membolehkan pengguna menikmati filem tanpa perlu mencari plug elektrik. Menerusi inovasi ini, projector mudah alih itu juga berfungsi sebagai power bank untuk gajet pintar ketika saat genting. Ia mempunyai rekaan collapsible stand untuk mendongakkan projector sehingga 90º. Bagi meminimumkan keperluan kabel, ia membolehkan komputer riba dan peranti pintar memancarkan visual tanpa memerlukan kabel. AOpen PV12 menampilkan ciri-ciri seperti auto portait, horizontal and vertical keystone, 4-Corner correction dan fungsi buka/tutup bagi memastikan visual akan terpancar segera dengan pelarasan fleksibel.
Dilengkapi dengan LED unggul dengan kecerahan 700 lumens, AOpen PV12 memberikan prestasi warna yang luar biasa dan ketahanan mentol yang lebih lama dengan jangka hayat sehingga 30,000 jam. Tersedia di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan semua penjual bertauliah Acer dengan harga berharga RM1,099.
Sempena Acer Day X Shopee Superbrand Day, AOpen PV12 akan dijual dalam jumlah yang terhad pada RM909 di bawah shocking sales manakala pembelian dengan harga runcit akan diberikan dengan Gateway Pro Wireless Headset bernilai RM239. Pelbagai lagi promosi Acer Day tahun ini! Anda juga boleh mendapatkan Helios 300 dan Nitro 5 dengan harga yang menarik!
Tidak terlupa dengan produk gaming yang turut didedahkan dan termasuk dalam promosi Acer Day, anda boleh rujuk semula di sini.
Promotion Period | Acer Stores on Shopee |
3 – 4 August 2021
|
Acer Official Store |
Acer Certified Store – Just IT | |
Acer Certified Store – NBP | |
@gamersantaimy
Discussion about this post