Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ace Attorney Investigations Collection – Penjelasan Sistem Gameplay!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 2, 2024
in Adventure, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam
0 0
0
Ace Attorney Investigations Collection – Penjelasan Sistem Gameplay!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada dua bulan lepas, Capcom telah mengumumkan ‘Ace Attorney Investigations Collection‘ untuk PlayStation 4, Switch dan PC (Steam, Microsoft Store), yang bakal dilancarkan pada 6 September. Hari ini, mereka memutuskan untuk menjelaskan lebih lanjut tentang sistem gameplay Ace Attorney Investigations Collection.

Terdiri daripada dua game spin-off; Ace Attorney Investigations: Miles Edgeworth dan Ace Attorney Investigations 2: Prosecutor’s Gambit – kedua-dua asalnya dikeluarkan pada Nintendo DS, di mana Ace Attorney Investigations 2: Prosecutor’s Gambit pula hanya tersedia di Jepun.

Kini, kedua-dua game spin-off tersebut akan menerima remaster yang merangkumi pelbagai penambahbaikan untuk disajikan kepada seluruh dunia.

Kredit: CAPCOM

Dalam Ace Attorney Investigations: Miles Edgeworth, pemain memulakan perjalanan sebagai seorang pendakwa yang dihormati dan harus menavigasi pelbagai adegan jenayah yang membingungkan dan menguruskan saksi yang mencabar.

Dalam sekuel, Ace Attorney Investigations 2: Prosecutor’s Gambit, pemain perlu menghadapi cabaran yang lebih besar termasuk musuh baharu ketika Edgeworth berjuang untuk mengekalkan kerjayanya.

Kredit: CAPCOM

Tidak seperti game utama Ace Attorney, spin-off ini lebih memfokuskan pada teka-teki point-and-click dan pengembaraan, yang menawarkan perspektif baharu. Pemain akan menyiasat adegan jenayah, berinteraksi dengan persekitaran dan menyelesaikan teka-teki untuk mendedahkan kebenaran, untuk memberikan pengalaman yang lebih praktikal.

Kredit: CAPCOM

Kadangkala, keadaan mungkin susah untuk menyiasat secara langsung, jadi anda perlu bergantung kepada Little Thief, yang merupakan peranti milik Kay Faraday.

Merupakan antara mekanik utama dalam gameplay, kita memasukkan apa yang kita tahu ke dalam Little Thief, lalu alat itu dapat mencipta semula adegan jenayah ketika ia berlaku. Berinteraksi dengan simulasi itu untuk meneruskan penyiasatan dan kumpul maklumat baharu!

Kredit: CAPCOM

Semasa penyiasatan, anda akan bertemu orang yang enggan bekerjasama. Untuk menyakinkan mereka mendedahkan kebenaran, anda perlu mencabar individu tersebut menerusi permainan catur mental!

Bernama Mind Chess, mekanik ini pun amat penting dalam gameplay di mana anda berlumba melawan masa untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Berfikir dengan pantas dan siasat setiap kata-katanya untuk mendapatkan jawapan.

Kredit: CAPCOM

Bagi mereka yang berminat, Ace Attorney Investigations Collection akan tersedia pada platform moden termasuk Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, Windows dan Steam. Lebih bagus lagi, anda boleh pre-order versi digital dan fizikal sekarang!

Sebagai bonus pre-order, anda boleh menerima 5 lagu in-game Ace Attorney Investigations 2: Prosecutor’s Gambit. Mainkan lagu secara langsung semasa bermain atau dengarkannya melalui Gallery!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ace Attorney Investigations Collection
ShareTweetSend
Previous Post

Tokyo Game Show 2024 – Daichi Miura Sebagai Penyokong Rasmi & POCKY Sebagai Duta Indie Game!

Next Post

Crossover ‘Identity V X Persona 5 Royal’ Dilancarkan Secara Rasmi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Crossover ‘Identity V X Persona 5 Royal’ Dilancarkan Secara Rasmi!

Crossover 'Identity V X Persona 5 Royal' Dilancarkan Secara Rasmi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd