Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mobile Jujutsu Kaisen: Phantom Parade akan keluar tahun 2022, butiran lanjut tentang gameplay!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 20, 2021
in Android, Animasi, Anime, Filem, iOS, Manga, Mobile
0 0
0
Game mobile Jujutsu Kaisen: Phantom Parade akan keluar tahun 2022, butiran lanjut tentang gameplay!
Share on FacebookShare on Twitter

Isu ke-3 dan ke-4 untuk Weekly Shonen Jump tahun 2022 terbitan Shueisha mendedahkan bahawa game Jujutsu Kaisen: Phantom Parade untuk iOS dan Android akan rasmi dilancarkan pada 2022. Dibangunkan oleh Sumzap dan diterbitkan oleh TOHO Games, game ini adalah berdasarkan manga popular dengan nama yang sama oleh Gege Akutami.

Sempena pengumuman tersebut, mereka turut mendedahkan treler pertama yang menampilkan animasi baru oleh studio anime terkenal MAPPA.

Game ini akan menceritakan semula kisah anime/manga siap dengan lakonan suara penuh, serta menampilkan episod unik dari perspektif watak yang berbeza. Tujuan pemain adalah untuk mengisi pasukan anda dengan Jujutsu Sorcerer kegemaran lalu membawa mereka dalam pertempuran bergenre turned-based . Satu lagi berita baik adalah game ini percuma untuk dimainkan tetapi akan mempunyai sistem mikrotransaksi. Macam tak biasa kan?

Shueisha juga mendedahkan visual watak untuk Yūji Itadori, Megumi Fushiguro, Nobara Kugisaki, Satoru Gojō dan Kento Nanami, dan beberapa watak lain serta menyatakan bahawa lebih banyak watak akan ditambah melalui kemas kini baru. Buat masa ini, ia hanya tersedia untuk pemain Jepun di mana peminat boleh membuat pra pendaftaran untuk Jujutsu Kaisen Phantom Parade dengan mengikuti Twitter rasmi. Tarikh keluaran antarabangsa tidak dinyatakan.

Selain itu, acara Jump Festa telah mengeluarkan treler terakhir untuk filem prekuel Jujutsu Kaisen 0 sebelum tayangan perdananya di Jepun pada 24 Disember. Filem ini mengisahkan tentang Yuta Okkotsu dan berlaku sebelum Yuji Itadori diperkenalkan kepada dunia sihir dan sumpahan. Peminat tegar wajib menonton filem ini kerana ia memberi pehamaham yang lebih luas tentang siri Jujutsu Kaisen dan menampilkan banyak watak lain semasa mereka lebih muda, termasuk Satoru Gojo.

Untuk segala liputan kami tentang Jujutsu Kaisen, sila tekan pautan ini.

Sumber – Qoo App

Tags: animeJujutsu KaisenJujutsu Kaisen: Phantom ParadeMobile
Previous Post

Mangaka My Hero Academia bakal tamatkan siri tersebut tahun depan!

Next Post

One Piece Film: RED menampilkan rekaan baru untuk krew Luffy, tema “pergi konsert muzik!”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
Next Post
One Piece Film: RED menampilkan rekaan baru untuk krew Luffy, tema “pergi konsert muzik!”

One Piece Film: RED menampilkan rekaan baru untuk krew Luffy, tema "pergi konsert muzik!"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd