Hujung tahun memang selalu banyak game percuma yang anda boleh dapat mainkan. Bukan setakat itu saja, ada juga yang memberikan versi demo untuk anda cuba dan jualan khas. Ini senarai game percuma yang anda boleh cuba tetapi ingat ada game percuma yang mempunyai masa terhad sahaja. Berikut adalah game percuma yang ada boleh mainkan:
-3840x2160-b52887d728ec986309c80e7c3bef5962a702abd7-3840x2160-4be4e333fa890045c6a24f93008b3291.jpg)
Shenmue III
Game percuma dari Epic Games Store kali ini ialah Shenmue 3. Game ini merupakan game ketiga dalam siri ini oleh pembangun Yu Suzuki. Kawal Ryo Hazuki, seorang ahli mempertahankan diri yang bertekad untuk membongkar misteri di sebalik pembunuhan bapanya dan membalas dendam terhadap pembunuh itu.
Anda boleh menuntut game ini melalui Epic Games Store dan boleh menyimpannya sampai bila-bila. Anda juga akan mendapat kupon sebanyak RM 40 untuk membeli game lain di Epic.

Battlefield 2042
Game terbaru dari francais Battlefield juga memberikan peluang kepada pemain lain untuk mencuba game ini selama tiga hari di Steam. Anda boleh bermainnya bermula hari ini sehingga 20 Disember 2021. Jika anda berminat untuk membelinya, game ini menawarkan diskaun!
Battlefield 2042 ialah game FPS yang menandakan kembalinya peperangan habis-habisan ikonik francais itu. Bersedia untuk mengatasi cabaran dalam dunia yang berubah kerana peperangan tersebut. Tubuhkan skuad anda dan bawa senjata canggih ke medan pertempuran yang berubah secara dinamik yang menyokong 128 pemain dan kemusnahan yang epik.

Dragon Ball Z: Kakarot
Bermula hari ini, Dragon Ball Z: Kakarot demo tersedia untuk anda mainkan. Jika anda ingin mencuba demo ini sebelum membelinya, inilah masa yang sesuai! Demo ini tersedia di Steam, PS4 dan Xbox One.
Imbau kembali kisah Goku dan Z Fighter lain dalam DRAGON BALL Z:KAKAROT! Di sebalik pertempuran epik tersebut, alami dunia Dragon Ball Z sambil anda bertarung, memancing, maskan dan berlatih dengan Goku, Gohan , Vegeta dan lain-lain.

PlayStation Online Multiplayer Weekend
Minggu ini, PlayStation memberi peluang untuk bermain mod multiplayer untuk tiga game. Ingat hanya mod multiplayer sahaja yang tersedia untuk dimainkan. Anda tidak memerlukan PS Plus untuk bermain permainan ini. Ketiga-tiga permainan ini dapat dimainkan pada 18 Disember sehingga 19 Disember jam 11:59 pm. Berikut adalah game multiplayer yang tersedia:
- Call of Duty: Vanguard
- Grand Theft Auto V
- 2K22
Untuk segala liputan lain mengenai game percuma, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post