Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Warna baru untuk DualSense akan tiba Januari 2022 di Malaysia, diikuti dengan console cover rasmi PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 13, 2021
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Warna baru untuk DualSense akan tiba Januari 2022 di Malaysia, diikuti dengan console cover rasmi PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah mendedahkan warna terbaru untuk DualSense dan console cover rasmi bagi PS5 termasuk bila ia akan dijual di Malaysia. Aksesori warna terbaru yang ditawarkan untuk DualSense adalah Nova Pink, Starlight Blue dan Galactic Purple. Menambah kepada pilihan Cosmic Red dan Midnight Black yang dikeluarkan sebelum ini, koleksi warna diberi nama “Galaxy Collection” dan akan dilancarkan secara global mulai Januari 2022 di pengedar yang sah.

Bagi console cover rasmi PS5, aksesori ini tersedia dalam warna yang sama seperti Galaxy Collection iaitu Midnight Black, Cosmic Red, Nova Pink, Starlight Blue dan Galactic Purple. Selain daripada cantik, ia mudah digunakan di mana pengguna hanya perlu cabutkan console cover berwarna putih asal dan memasang yang baru.

Console cover PS5 ini tersedia untuk kedua-dua PS5 dengan pemacu cakera Blu-ray Ultra HD dan PS5 edisi Digital. Ia dijual secara berasingan dan tidak termasuk dalam mana-mana bundle PS5 atau DualSense.

Console cover berwarna Midnight Black dan Cosmic Red akan tersedia mulai Januari 2022 di pengedar sah Malaysia manakala console cover berwarna Nova Pink, Galactic Purple dan Starlight Blue akan dilancarkan pada separuh pertama tahun 2022.

“GAMETITLE”
“GAMETITLE”

Di AS, UK, Perancis dan Jerman, beberapa produk ini akan tersedia melalui akses awal untuk di laman web direct.playstation.com. DualSense edisi Galactic Purple akan tersedia di mulai 14 Januari dan akan ditawarkan di peruncit lain mulai 11 Februari. Selain itu, console cover Midnight Black dan Cosmic Red akan tersedia mulai 21 Januari dan akan ditawarkan di peruncit lain mulai 18 Februari.

“GAMETITLE”

Malangnya, ia hanya untuk negara di atas. Malaysia tidak termasuk dalam senarai ini., jadi tarikh pelancaran tepat untuk warna baru DualSense dan console cover PS5 mungkin adalah berbeza. Buat masa ini, kita hanya mampu tunggu apabila PlayStation Asia mengumumkan maklumat lanjut.

Untuk segala liputan kami tentang PlayStation 5, sila tekan pautan ini.

Sumber – PS Blog

Tags: console cover PS5DualSenseGalaxy Collectionps5Sony
Previous Post

Preview Dragon Ball: The Breakers CBT: Pengalaman kena sedut dengan Cell

Next Post

Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarök – Pengembangan terbaru Valhalla!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarök – Pengembangan terbaru Valhalla!

Assassin's Creed Valhalla: Dawn of Ragnarök - Pengembangan terbaru Valhalla!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd