Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarök – Pengembangan terbaru Valhalla!

Maira by Maira
December 14, 2021
in Artikel, Berita, DLC, Genre, Open World, PC, PS4, PS5, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarök – Pengembangan terbaru Valhalla!
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft mengumumkan bahawa pengembangan utama Assassin’s Creed Valhalla seterusnya, Dawn of Ragnarök, akan dikeluarkan pada 10 Mac. Dawn of Ragnarök akan tersedia sebagai pembelian berasingan oleh semua pemilik permainan utama. Selain itu, Ubisoft mengumumkan Assassin’s Creed Crossover Stories, dengan dua cerita yang menampilkan Eivor dan Kassandra tersedia untuk peminat esok, 15 Disember. Kedua-dua cerita tersedia secara percuma untuk pemilik base game masing-masing, dengan satu cerita yang menampilkan Eivor dan Kassandra tersedia dalam Assassin’s Creed Valhalla dan satu cerita yang menampilkan Kassandra atau Alexios tersedia dalam Assassin’s Creed Odyssey.

Ini semua adalah sebahagian daripada kandungan Tahun 2, jadi jelas akan ada beberapa spoiler yang mungkin ingin dielakkan oleh pemain baru.

Apa yang baru dalam Dawn of Ragnarok?

Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarok ialah pengembangan utama ketiga untuk permainan dan sedang dibangunkan oleh Ubisoft Sofia. Sekiranya anda tertanya-tanya, ini adalah studio yang membangunkan Assassin’s Creed Rogue dan satu lagi pengembangan besar The Curse of the Pharaohs untuk Assassin’s Creed Origins.

Sumber: Ubisoft

Dalam pengembangan ini, Eivor mesti menerima nasib mereka sebagai Odin, tuhan Pertempuran dan Kebijaksanaan Norse. Kerajaan Dwarven, Svartalfheim sedang runtuh dan di tengah-tengah kekacauan itu, anak lelaki kesayangan Odin, Baldr, telah diculik oleh gergasi api yang tidak dapat dibunuh, Surtr. Dalam Dawn of Ragnarök, pemain akan dapat melepaskan kuasa ketuhanan baru sambil mereka meneruskan saga legenda Viking mereka dengan memulakan usaha menyelamat melalui dunia mitologi yang berbeza.

RelatedPosts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Sumber: Ubisoft

Semua pemain yang membeli Dawn of Ragnarök antara 13 Disember 2021 dan 9 April 2022 akan menerima Twilight Pack dan akan mempunyai akses segera kepada main game. Bonus eksklusif ini termasuk Dellingr’s Envoy Raven Skin, the Havardr Lynx Mount, the Twilight Gear Set and the Algurnir Dane Axe Weapon.

Sumber: Ubisoft

Assassin’s Creed Crossover Stories juga diumumkan. Ia merupakan projek cross-game pertama dalam francais, diketuai oleh Ubisoft Quebec dengan kerjasama rapat dengan Ubisoft Montreal. Kandungan itu dibangunkan untuk menjawab persoalan mengenai situasi seperti “Apa yang berlaku apabila dua wira Assassin’s Creed bertemu?”, meneroka hubungan dalam ruang dan masa antara wira Assassin’s Creed ini untuk memberikan pengalaman naratif yang unik kepada pemain.

Sumber: Ubisoft

Assassin’s Creed Crossover Stories akan tersedia secara percuma untuk pemilik base game masing-masing pada 14 Disember; satu cerita akan tersedia dalam Assassin’s Creed Valhalla, dan satu cerita akan tersedia dalam Assassin’s Creed Odyssey. Kisah-kisah ini meneroka hubungan antara wira kedua-dua permainan, menampilkan persekitaran baru untuk diterokai serta kaya dengan jalan penceritaan. Untuk cerita Assassin’s Creed Valhalla, A Fated Encounter, pemain mesti mencapai Settlement Level 4 dan menyelesaikan quest “A Wise Friend”, di mana Eivor membantu Valka memantapkan kedudukannya di Ravensthorpe. Untuk cerita Assassin’s Creed Odyssey, Those Who Are Treasured, pemain perlu melengkapkan Bab 1 dan mencapai Megaris untuk mengakses kandungan, tetapi adalah disyorkan agar pemain menyelesaikan tiga arc cerita permainan utama (Family, Cult of Kosmos dan Mythology) untuk elakkan spoiler.

Sumber: Ubisoft

Dengan pembangunan yang diketuai oleh Ubisoft Montreal, Assassin’s Creed Valhalla menawarkan pemain pengalaman bermain sebagai Eivor, pahlawan Viking legenda, dibawa dari Norway kerana peperangan yang tidak berkesudahan dan sumber yang semakin berkurangan pada abad kesembilan Masihi. Pemain boleh menghidupkan semula gaya pertarungan kejam pahlawan Viking dengan sistem tempur dual-wielding yang dinamik dan mengalami ciri permainan yang menarik seperti raid, assault dan settlement, serta sistem progression dan peningkatan gear. Pakatan politik, keputusan pertempuran dan pilihan dialog boleh mempengaruhi dunia Assassin’s Creed Valhalla, jadi pemain mesti bijak memilih untuk melindungi rumah klan dan masa depan mereka.

Assassin’s Creed Valhalla boleh didapati di Xbox Series X | S, Xbox One, PlayStation 5, PlayStation 4, serta PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Assassin’s Creed Valhalla, sila lawati laman web ini.

Tags: Assassin's Creed ValhallaAssassin’s Creed Crossover StoriesDawn of Ragnarökubisoft
Previous Post

Warna baru untuk DualSense akan tiba Januari 2022 di Malaysia, diikuti dengan console cover rasmi PS5!

Next Post

Anime Ultraman Season 2 dan Filem Shin Ultraman akan ditayangkan 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Anime Ultraman Season 2 dan Filem Shin Ultraman akan ditayangkan 2022!

Anime Ultraman Season 2 dan Filem Shin Ultraman akan ditayangkan 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd