Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Menurut Shroud, e-Sukan Valorant lebih susah daripada CS:GO yang bersifat “boomer”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Esports, PC, Streamer/influencer
0 0
0
Menurut Shroud, e-Sukan Valorant lebih susah daripada CS:GO yang bersifat “boomer”
Share on FacebookShare on Twitter

Michael Grzesiek aka shroud telah menjelaskan mengapa e-Sukan Valorant lebih susah daripada CS:GO dan mendakwa bahawa kebanyakan pemain tua tidak dapat bersaing bersama pemain muda kerana gameplay-nya yang lebih pantas.

Shroud reveals the only reason he would ever retire from Twitch streaming -  Dexerto

Sebagai bekas pemain CS:GO profesional yang bertukar ke Valorant selaku content creator, shroud sering membandingkan kedua-dua game ini, terutamanya dari segi kompetitif. Pada Mac 2021, dia memberitahu yang kejayaan Valorant membuat dirinya bimbang tentang masa depan CS:GO dalam kategori e-Sukan. Akibatnya, dia menggesa pemain pro lain seperti Oleksandr Kostyliev (s1mple) untuk menukar fokus.

Walau bagaimanapun, pendapat ini berubah pada November 2021 selepas shroud melihat perkembangan CS:GO baru-baru ini di kategori e-Sukan. Namun, dia tetap yakin bahawa sifat Valorant yang fast-paced menjadikannya sebagai pilihan yang lebih susah terutamanya untuk pemain tua. Berikut adalah penjelasannya semasa di acara Valorant Champions.

Valorant: Diese Spielmodi könnten noch kommen | Games

“[Valorant] bukanlah game boomer, memang bukan. CS:GO adalah game boomer. Ini bukan game boomer, ia terlalu pantas.

“Ia bukan sahaja tentang menjadi taktikal, walaupun anda boleh mengatur strategi dan sebagainya. Ia lebih kepada memastikan setiap pemain dapat menyesuaikan diri dan berfikir dengan pantas sebanyak mungkin. Itulah isinya.”

https://www.youtube.com/watch?v=QtNf_ev3lC4

Kerana sebab-sebab di atas, shroud percaya bahawa mempunyai satu ‘boomer’ akan menghalang perkembangan pasukan, apatah lagi kalau ada dua atau tiga. Sesetengah kajian juga menunjukkan bahawa masa tindak balas seseorang individu akan mencapai kemuncak pada usia 24 tahun. Selepas itu, ia akan perlahan-lahan menurun. Kebetulan juga, majoriti umur untuk pemain Valorant profesional juga adalah 24 tahun.

Memandangkan ramai bakat muda kini mendominasi Valorant, apa akan jadi pada pemain “boomer” ini? Jom kongsikan pendapat bersama saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang e-Sukan, sila tekan pautan ini.

MUAT TURUN DISINI!!!
VALORANT
Release Date: 2020-06-02
Microsoft Windows
VALORANT adalah penembak taktikal berasaskan watak 5v5 bersaing untuk PC, yang kini sedang dibangunkan di Riot Games. Akan dilancarkan di seluruh dunia pada musim panas 2020, VALORANT adalah permainan multiplayer yang tepat dan mematikan dengan pelbagai senjata, agen dengan kebolehan yang unik dan peta yang kompetitif untuk ribuan jam bermain.
Tags: CS:GOE-SukanEsportsShroudVALORANT
Previous Post

Uzui Tengen akhirnya muncul dalam musim kedua Demon Slayer!

Next Post

Kes lanun berulang! GSC dan ODEX perlukan bantuan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Kes lanun berulang! GSC dan ODEX perlukan bantuan!

Kes lanun berulang! GSC dan ODEX perlukan bantuan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd