EA mendedahkan semua yang telah diperbaiki dalam major update Battlefield 2042 yang baru sahaja dilancarkan. Beratus-ratus perkara yang dibaiki untuk mengubah perainan ini seperti apa yang dimahukan oleh peminat. Walaupun masih lagi ada beberapa bug lain yang masih tidak dibaiki, update terbaru ini sudah tentu membuatkan permainan ini kurang mengecewakan dari sebelumnya.
Ini merupakan update terbesar ketiga yang diberikan kepada Battlefield 2042. Walalupun masih lagi tiada ciri asas seperti voice chat pasukan, pasukan pembangun telah menangani banyak bug dan menambah baik matchmaking, menambah cabaran mingguan yang baru untuk pemain meningkatkan XP mereka dan teruskan progress mereka.
Jika mahu disenaraikan senarai patch tersebut agak panjang, jadi anda boleh ke laman web rasmi EA untuk melihat senarai tersebut. Kebanyakkan bug telah diperbaiki tetapi terdapat perubahan seperti menambah baik mod dan keseimbangan permainan. UI baru juga diperkenalkan kepada pemain supaya ramai bermain sebagai watak support.
Apa yang dilakukan EA merupakan langkah pertama yang bagus untuk menstabilkan permainan. Pasukan pembangun juga sedang membuat perubahan besar pada pembangunan permainan tersebut untuk memfokuskan pada pengembangan siri Battlefield berikutan pelancaran yang mencabar untuk Battlefield 2042.
Selain itu, GM DICE, Oskar Gabrielson meninggalkan syarikat itu untuk meneruskan usaha baru di luar EA. Perubahan itu juga termasuk Vince Zampella dari Respawn yang mengambil peranan yang lebih besar sebagai bos keseluruhan baru francais Battlefield, manakala pereka Halo, Marcus Lehto sedang membina pasukan pembangunan baru di Seattle yang memfokuskan untuk menyuntik lebih banyak penceritaan ke dalam alam semesta Battlefield. Ripple Effect, pembangun mod Portal Battlefield 2042, sedang membangunkan pengalaman Battlefield baru dalam dunia Battlefield 2042.
Dalam anjakan besar ini, Battlefield 2042 tidak mempunyai mod single-player, sebaliknya memilih untuk memfokus pada tiga mod multiplayer: All-Out Warfare, Portal dan Hazard Zone. Lehto sebelum ini memulakan studio bernama V1 Interactive yang membuat shooter sci-fi dipanggil “Disintegration”. Permainan ini gagal menemui pemain dan V1 menutup pintunya. Lehto telah diupah oleh EA awal tahun ini dan baru kini mengetahui apa yang sedang dia usahakan di sana.
Nampak seperti kita kena menunggu untuk perkembangan lanjut untuk francais Battlefield kerana masih banyak pelan yang dirancang oleh DICE dan EA. Anda sebagai pemain dan peminat, apa yang anda inginkan dari francais ini? Boleh komen di ruangan bawah! Untuk segala liputan mengenai Battlefield, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post