Sementara kita menunggu musim terbaru untuk My Hero Academia, jom kita kenali semua pengguna One For All! Siri shonen popular oleh Kohei Horikoshi ini sememangnya hebat memandangkan ianya agak berbeza daripada stereotaip siri shonen yang lain. Pelbagai misteri dalam siri itu sedikit demi sedikit dibongkarkan dan sememangnya penting untuk pembangunan dunia fiksyen itu.
Protagonis kita, Midoriya Izuku atau Deku yang mempunyai impian menjadi hero akhirnya tercapai apabila dia bertemu dengan All Might. Banyak perkara yang berlaku dan kita mendapat pendedahan mengenai pengguna One For All (OFA) yang terdahulu. Walaupun masih ada beberapa pengguna yang belum didedahkan, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa hebatnya quirk ini. Tapi sebelum itu, mari kami ceritakan secara ringkas mengenai One For All!

Apa itu One For All?
Ia merupakan quirk yang boleh dipindahkan dan ianya kini digunakan oleh Deku, yang merupakan pengguna ke-9 selepas diberikan oleh All Might. Quirk ini pada mulanya digunakan oleh Yoichi Shigaraki dan dipindahkan kepada beberapa lagi pengguna iaitu Shinomori Hikage, Banjo Daigoro, En, Shimura Nana, Yagi Toshinari (All Might) dan dua lagi pengguna yang belum lagi didedahkan. Untuk memindahkan quirk ini, DNA pengguna terdahulu perlu dimasukkan kedalam hos terbaru. Contohnya seperti Deku yang memakan rambut All Might.
Quirk ini sangat kuat dan tidak mahu menyerah kepada All For One, jadi ianya sukar untuk dicuri atau diambil secara paksa. Oleh sebab itu, ianya menjadi satu-satunya quirk yang boleh digunakan untuk mengalahkan All For One, memandangkan dia boleh mencuri quirk orang lain. One For All juga memberikan kebolehan fizikal yang luar biasa kepada penggunanya. Walaupun ianya hebat, tetapi badan penggunanya juga perlu berada pada tahap yang boleh mengawal quirk ini tanpa mencederakan diri mereka sendiri. Oleh itu, pengguna perlu mengawal quirk ini semasa menggunakannya.
Teras OFA telah berkembang dari pengguna terdahulu dan kebolehan mereka ini telah bergabung menjadi satu. Deku mempunyai kebolehan eksklusif dimana dia boleh mengakses quirk pengguna One For All sebelumnya. Setiap hos diamanahkan untuk menggunakan quirk tersebut untuk menghentikan All For One. Jadi, jom kita lihat pengguna OFA yang disebutkan diatas!
Pengguna One For All
Shigaraki Yoichi

- Pengguna pertama One For All.
- Dia pertama kali muncul sebagai bayangan tetapi telah diperkenalkan secara rasmi pada bab 310.
- Yoichi mempunyai rambut putih sama seperti abangnya. Malah, dia juga kelihatan hampir serupa dengan Shigaraki Tomura, anak saudara angkatnya.
- Dia dipercayai tidak memiliki sebarang quirk tetapi dia sebenarnya mempunyainya tetapi ia boleh dipindahkan kepada orang lain.
- Walaupun dia tidak bertubuh besar dan sakit, Yoichi mempunyai sifat keadilan yang kuat dan tidak berundur daripada menentang perbuatan jahat abangnya itu. Tetapi dia tidak mempunyai kuasa yang cukup hebat untuk mengalahkannya.
- Selepas itu, dia menurunkan quirk ini kepada hos baru, dengan harapan mereka ini boleh menghentikan All For One.
OFA #2

- Namanya masih belum didedahkan dan merupakan pengguna kedua One For All.
- Dia mempunyai rambut pacak seakan Bakugo dan mempunyai parut besar pada mukanya. Dia juga memiliki gauntlet pada tangan kirinya yang digunakan untuk menyerang.
- OFA #2 merupakan ketua yang mengetuai pasukan yang ingin menjatuhkan rancangan New World Order oleh All For One.
- Pada asalnya dia ingin membunuh Yoichi tetapi berubah hati dan menyelamatkannya. Itulah permulaan One For All mula mengembang.
- Dia sebenarnya menolak quirk ini tetapi setelah diyakini oleh Yoichi dia akhirnya bersetuju untuk menjadi hos terbaru One For All.
- Kebolehan serta quirk yang dimilikinya sebelum One For All masih lagi menjadi misteri.
OFA #3

- Sama seperti OFA #2, namanya juga tidak didedahkan.
- Dia mempunyai gaya rambut yang diikat serta memakai bandana pada kepalanya.
- OFA #3 merupakan sebahagian daripada kumpulan yang menentang One For All bersama-sama OFA #2.
- Dia telah melihat Yoichi hampir dibunuh sebelum pergi menyelamatkannya.
- Sebelum memiliki One For All, dia mempunyai quirknya tersendiri iaitu Fa Jin.
Shinomori Hikage

- Pengguna ke-4 OFA.
- Dia pertama kali muncul sebagai bayangan dan diperkenalkan secara rasmi pada bab 304.
- Dia mempunyai 2 parut panjang pada mukanya. Ianya disebabkan oleh OFA setelah memegang kuasa ini terlalu lama.
- Berbeza dengan pengguna terdahulu, Hikage sedar bahawa dia tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk bertarung dengan AFO dan mengambil keputusan untuk tidak melawannya.
- Dia telah menggunakan masanya untuk melatih dirinya dan menguatkan kuasa OFA untuk hos seterusnya.
- Badannya tidak mampu untuk menangani kuasa OFA lalu memberikannya kepada Banjo Daigoro sebelum mati ketika berumur 40 tahun.
- Dia mempunyai quirk “Danger Sense” sebelum mendapat OFA.
Banjo Daigoro

- Pengguna ke-5 OFA .
- Dia muncul semasa semasa Deku melawat Vision pada bab 192 dan diperkenalkan secara rasmi pada bab 257.
- Daigoro lebih dikenali sebagai Lariat, seorang Pro Hero.
- AFO pernah cuba untuk mencuri quirknya “Blackwhip” tetapi telah gagal.
- Daigoro memberikan OFA kepada En semasa pertarungan dengan AFO dengan memberikan sedikit daripada darahnya.
En

- Pengguna ke-6 OFA.
- Penggunaan OFA oleh En tidak diketahui tetapi dia mungkin menggunakannya bersama quirknya “Smokescreen.”
- Sama sepert Daigoro, AFO ingin mencuri OFA dari En tetapi gagal.
- Selepas cedera parah dalam pertempuran dengan All For One, En memberikan Nana sebahagian rambutnya supaya dia boleh menjadi pewaris OFA seterusnya.
Shimura Nana

- Pengguna ke-7 OFA dan juga mentor kepada All Might.
- Dia telah muncul pertama kali di bab 33.
- Nana merupakan seseorang yang penyayang dan baik.
- Dia mempunyai quirknya tersendiri iaitu “Float” dan mungkin menggunakannya bersama OFA.
- Mendengar cita-cita besar Toshinori, dia telah mengambilnya sebagai anak murid dan melatihnya.
- Seperti pengguna OFA terdahulu, kuasanya tidak mampu untuk mengalahkan AFO dan memberikan AFO kepada Toshinori sebelum mati dalam pertarungan dengan AFO.
Toshinori Yagi

- Toshinori merupakan pengguna ke-8 OFA dan lebih dikenali sebagai All Might.
- Sama seperti Deku, Toshinori dilahirkan tanpa sebarang quirk dan diberikan OFA oleh Shimura Nana.
- Dia mudah membiasakan dirinya dengan kuasa OFA walaupun tidak mempunyai sebarang kuasa. Dia berjaya mengawal serta memfokuskan kuasanya ke tahap yang diingini tanpa masalah.
- Sepanjang menjadi Pro Hero, dia sukar dikalahkan malah berjaya mengalahkan semua penjahat, menyelamatkan orang ramai dan menjadi seorang legenda. DIa juga merupakan pengguna OFA pertama yang berjaya mengalahkan AFO tetapi badannya mendapat kecederaan parah. Kecederaan itu menyebabkannya tidak mampu mengekalkan “muscle form” untuk masa yang lama.
- Dia mendaftar sebagai seorang guru di UA Academy dengan usaha untuk mencari pewaris OFA yang baru dan bertemua dengan Deku secara tidak sengaja.
- Semasa pertempuran kedua dengan OFA, dia telah menggunakan baki kuasa OFA untuk mengalahkannya. Itu sedikit sebanyak menjadikannya seseorang tanpa quirk seperti dulu.
- Kini dia berusaha untuk membimbing Deku untuk memahirkan kuasa OFA supaya boleh menjadi hero yang hebat.
Midoriya Izuku

- Pengguna ke-9 OFA.
- Selepas mendapat kuasa OFA daripada All Might, badan Deku masih lagi tidak mampu mengawal tahap kuasa yang digunakan. Ini menyebabkannya mendapat pelbagai kecederaan setiap kali menggunakan quirk ini.
- Dia berlatih bersungguh-sungguh untuk menguatkkan tubuhnya serta mengawal penggunaan OFA.
- Semasa menjalani latihan bersama Gran Torino, Deku memahirkan dirinya dengan mengukur bangunan menggunakan Full Cowl.
- Deku kini berjaya menggunakan beberapa quirk pengguna OFA antaranya Blackwhip, Danger Sense, Float, Smokescreen dan Fa Jin.
- Dia juga berjaya mencipta beberapa serangan baru, terima kasih pada pengawalannya terhadap OFA.
Setakat ini sahaja perkongsian kami mengenai pengguna One For All dan serta perjalanan mereka bersama quirk ini. Deku juga sudah memahiri hampir kesemua quirk pengguna OFA yang terduhulu. Dengan perang besar-besaran antara Hero dan Villain semakin hampir, sudah pasti kita akan melihat pelbagai aksi terbaru dan gempak selepas musim terbaru ditayangkan. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai My Hero Academia, sila klik pautan ini.
Sumber: My Hero Academia Fandom
@gamersantaimy
Discussion about this post