Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rockstar meminta maaf mengenai isu GTA Trilogy dan membawa kembali versi asal permainan!

Maira by Maira
November 22, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, Open World, PC, PS4, PS5, Rockstar, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Rockstar meminta maaf mengenai isu GTA Trilogy dan membawa kembali versi asal permainan!
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran francais terkenal oleh Rockstar, GTA: The Trilogy – Definitive Edition seperti semua peminat tahu, tidak berjalan dengan lancar. Malah, ia juga membuatkan ramai peminat GTA lebih sukakan versi asal yang telah dikeluarkan daripada kedai apabila trilogi itu dikeluarkan. Tetapi ada berita baik untuk anda! Rockstar telah mengumumkan bahawa mereka akan mengembalikan semula versi asal untuk trilogi tersebut.

Rockstar GTA Trilogy

“Pertama, kami ingin memohon maaf kepada kepada semua orang yang menghadapi masalah bemain permainan ini,” tulis Rockstar. “Siri Grand Theft Auto– dan permainan yang membentuk trilogi ikonik ini – adalah istimewa bagi kami kerana kami tahu ia istimewa kepada peminat di seluruh dunia. Versi kemas kini permainan klasik ini tidak dilancarkan dengan keadaan yang sesuai dengan piawaian kami dan kualiti yang diharapkan oleh peminat kami.”

An update regarding the unexpected technical issues with Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition. https://t.co/YP4pkOLQmG pic.twitter.com/AsfYPuMI0d

— Rockstar Games (@RockstarGames) November 19, 2021

Mereka tidak berputus asa dengan trilogi remastered ini, dengan menjanjikan pembetulan dan penambahbaikan akan diberikan dalam kemas kini akan datang. Sementara itu, versi permainan yang asal untuk GTA 3, GTA: Vice City dan GTA: San Andreas akan dikembalikan semula sebagai bundle di Rockstar Store. Lebih menarik lagi, sesiapa yang memiliki trilogi ini atau yang membelinya sehingga 30 Jun 2022, akan mendapat ketiga-tiga versi asal permainan secara percuma.

RelatedPosts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

Sudah tentu berita ini disambut baik oleh peminat selepas kekecewaan daripada remastered yang mereka dapat. Tetapi yang lebih menyedihkan apabila terdapat peminat yang mengganggu pembangun Rockstar di media sosial, kata Rockstar. “Kami dengan hormatnya meminta komuniti kami untuk kekal hormat semasa kami menangani isu ini”

Wakil Rockstar telah mengesahkan bahawa bundle untuk GTA Trilogy klasik hanya akan tersedia melalui launcher Rockstar dan bukan pada Steam. Selain itu, mereka juga akan mengeluarkan kemas kini lain sebaik sahaja permainan tersedia semula untuk dimainkan. Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition tersedia pada Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S. Port Android dan iOS dijadualkan akan keluar pada awal 2022.

Untuk segala liputan lain mengenai GTA, sila klik pautan ini.

Sumber: pcgamer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Grand Theft Auto IIIGrand Theft Auto: San AndreasGrand Theft Auto: The Trilogy - The Definitive EditionGrand Theft Auto: Vice Cityrockstar games
Previous Post

Filem One Piece: RED dedahkan teaser, Lagu opening “We Are” mendapat remake sempena episod 1000!

Next Post

miHoYo, 2K & Mighty Bear menjelaskan kehebatan game masing-masing pada peranti Apple iOS!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
miHoYo, 2K & Mighty Bear menjelaskan kehebatan game masing-masing pada peranti Apple iOS!

miHoYo, 2K & Mighty Bear menjelaskan kehebatan game masing-masing pada peranti Apple iOS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd