Berdasarkan anime dengan nama yang sama, siri live-action Cowboy Bebop telah dilancarkan secara rasmi di Netflix pada hari ini (19 November)!Mengisahkan tiga bounty hunter bernama Spike Spiegel (John Cho), Jet Black (Mustafa Shakir), dan Faye Valentine (Daniella Pineda), trio ini mempunyai tugas untuk memburu penjenayah paling berbahaya di sistem suria – pada harga yang tepat. Sempena itu, kami dapat peluang untuk interview barisan pelakon utama -John Cho, Daniella Pineda, Mustafa Shakir, dan juga showrunner (ketua produser), André Nemec tentang apa yang berlaku di sebalik tabir siri live-action Cowboy Bebop!
Mari kita mulakan!

Bersama pelakon-pelakon utama:
Adakah anda semua menonton anime sebelum memulakan penggambaran? Apakah pendapat anda?
Daniella: Mu (Mustafa) sudah menonton anime dan agak tahu tentangnya. John dan saya tidak pernah melihat atau mendengar tentangnya. Saya pernah mendengar tentang Cowboy Bebop tetapi tidak pernah menonton sehinggalah peluang datang untuk bermain Faye Valentine. Kemudian saya menghayati anime dan sangat-sangat terpegun dengan betapa kontemporari dan sinematik anime itu.
John: Saya tidak menonton anime sebelum mendapat peranan ini. Kemudian saya melihatnya dan ia benar-benar mengujakan. Adegan pembukaan sudah cukup untuk menarik anda dan kemudian kita masuk ke dunia yang benar-benar asli. Sebagai pencinta filem, ia juga merupakan gabungan menarik dari pelbagai jenis genre. Ia sangat menarik, lucu, romantis, dan berani.
Apakah adegan kegemaran yang telah anda berlakon setakat ini?
Mustafa: Saya suka adegan kasino. Jelas, ia merupakan soalan yang sukar tetapi adegan kasino benar-benar hebat terutamanya kerana ia adalah titik permulaan dan penuh aksi.
John: Jika anda sudah menonton, terdapat adegan dalam episod Londes di mana saya keluar dan ia antara adegan yang anda jarang melakukan banyak kali sebagai pelakon. Ia hanyalah adegan steadicam yang panjang, di mana saya keluar dari bangunan dan mempunyai flashback, yang berakhir dengan Julia dan urutan mimpi.

Adakah anda semua tertekan? Bagaimana anda cuba untuk menghayati watak?
Mustafa: Saya tidak begitu tertekan tetapi merasakan banyak penghormatan dan penghargaan terhadap bahan itu. Ini dikongsi dengan semua orang secara kolektif. Kerana kami sangat menyukainya, kami menerima tekanan itu tetapi dalam cara yang baik.
Bagaimana pengalaman merakam semasa COVID, bagaimana anda membina keserasian di luar skrin?
Daniella: Kami mempunyai pengalaman yang luar biasa kerana berada di New Zealand. Kerana negara itu melakukan kerja yang sangat baik untuk melindungi orang ramai dan mengikuti protokol, jadi dia umpama bernasib baik. Kami sudah pun menjalani penggambaran di New Zealand pada tahun 2019 dan ini kerana sifat rancangan yang melibatkan banyak latihan lagak ngeri dengan koreografi.
Kerana COVID, risikonya sangat tinggi dan saya rasa kami berhubung selepas menghabiskan banyak masa dengan satu sama lain. Tetapi kami juga perlu menamatkan rancangan dan nampaknya terdapat banyak halangan yang dilontarkan supaya tidak selesai. Tetapi kami melakukannya dan saya rasa semua dapat berhubung. Kami bernasib baik kerana mempunyai keserasian, ia berlaku begitu sahaja.

Bersama showrunner, Andre Nemec:
Apa yang memberi inspirasi kepada anda untuk mencipta suasana dan gaya siri ini?
Andre: Anime yang memberi inspirasi kepada saya *ketawa*. Ia benar-benar tentang suasana dan semangat anime. Hidup di dunia yang mereka sediakan tetapi juga menangkap inspirasi aksi langsung yang diambil oleh anime . Oleh itu, banyak daripadanya adalah untuk mencari inspirasi bagi “inspirasi” kami.
Adakah ia susah untuk menterjemahkan gaya noir anime kepada aksi langsung?
Andre: Membentuk nada Cowboy Bebop memang susah. Ia adalah noir, tetapi ia adalah barat. Saya rasa sebahagian daripada noir adalah dalam penceritaan dan membina asas cerita yang kuat. Daripada itu, kami tahu semuanya berada di landasan cerita betul yang kuat dan bijak untuk menarik noir.

Bagaimana rasanya bekerja dengan Yoko Kanno?
Andre: Kegembiraan. Keseronokan. Pengalaman. Ia memang hebat. Yoko ialah seorang artis yang boleh mengilhamkan, amat bersemangat dan merupakan peminat sejati kepada bahan ini. Bekerja dengannya amat kolaboratif dan cantik.
Kami banyak berbual tentang rancangan, nada persembahan, rekaan semula untuk bahagian tertentu, pembuatan semula untuk bahagian baru, penggantungan pada beberapa bahagian lama dan saya fikir Yoko hanya menyampaikan keajaiban.
Apakah cabaran terbesar?
Andre: Kebanyakannya adalah untuk memastikan bahawa semua dalam frame itu layak untuk Cowboy Bebop -yang ia layak untuk gelaran itu.
Setiap latar belakang, dek set, lukisan di dinding, prop yang ada dalam frame, pakaian, malah hingga ke lensa dan pencahayaan -semuanya melihat setiap bingkai yang kami rakam setiap hari, dan berkata “Ini Bebop? Macam mana kita nak Bebop ini?”. Saya rasa keprihatinan dan kasih sayang yang diberikan wujud kerana kami mempunyai begitu ramai orang (merupakan peminat) yang bekerja pada rancangan itu.

Adakah lebih penting untuk setia kepada anime atau mencipta versi cerita sendiri?
Andre: Amat penting untuk melakukan kedua-duanya. Saya tidak suka tidak menjawab berbelah bahagi tetapi penting untuk melakukan kedua-duanya. Saya rasa hidup dalam semangat anime bermakna mengambil perkara yang tidak rosak dan tidak cuba memperbaikinya.
Terdapat banyak perkara yang berkesan, tetapi pada masa yang sama, saya tidak mahu melakukan terjemahan 1:1. Saya ingin dihidangkan sesuatu yang berbeza. Saya ingin mengalami pengembaraan yang berterusan dan mendapat lebih banyak masa bersama krew Bebop. Bagi mereka yang bukan peminat, keupayaan untuk menyampaikan beberapa detik 1:1 dari anime sebenarnya amat mendalam untuk saya.
Bebop mempunyai pelbagai makna kepada ramai orang. Bolehkah anda jelaskan apakah maksud Bebop kepada anda?
Andre: Anime nya. Saya sangat terharu dengan puisinya. Terdapat sesuatu yang sangat eklektik dan mentah tentang teras, dalam jiwanya- yang bagi saya, menjadi rancangan ini amat menarik untuk bekerja dengan menggabungkan barisan penulis dengan sekumpulan orang yang merupakan peminat.
Agak mengagumkan apabila kita bertanya “Apakah episod kegemaran anda dan mengapa?”-terdapat banyak jawapan berbeza dan banyak perkara yang disukai. Bagi saya itulah keindahan Cowboy Bebop kerana kita semua membawa pengalaman sendiri dan pergi dengan pengalaman sendiri.

Detik kegemaran dari musim pertama?
Andre: Semua episod sangat berbeza.. Memang susah untuk pilih kerana setiap satu mempunyai nada sendiri. Saya suka beberapa episod kerana ia membenarkan kita berjenaka manakala episod lain penuh dengan emosi dalam cara yang anda tidak dapat bayangkan. Sesetengah pula seperti drama ala-ala Shakespeare. Semua susah untuk dipilih, tetapi saya akan menjawab seperti ini:
Momen yang mendalam adalah kali pertama saya berjalan ke set Bebop. Kami hampir selesai membina dan menyusun set. Pada saat itulah saya melihat sekeliling dan memikirkan dalam hati -“Saya benar-benar dikelilingi oleh sekumpulan artis yang bagus.”
Bolehkah kita menjangkakan lebih banyak perbezaan daripada anime pada musim akan datang?
Andre: Amat penting untuk hidup dalam penceritaan yang menawarkan sesuatu yang segar, sambil mencari jalan untuk mendalami watak-watak dari anime. Terlalu banyak yang saya harapkan kita boleh bawa masuk ke Season 1, daripada watak kepada cerita kepada hadiah. Saya mempunyai senarai untuk perkara yang saya harap kita boleh lakukan. Harap-harap dalam Season 2 kita dapat buat.

Satu lagi perkara yang kami ialah perubahan kepada Jet, yang kini adalah “ayah”?
Andre: Bagi saya, Jet adalah seorang optimis yang kekal. Entah bagaimana, Jet adalah watak konsisten: “Kami akan mendapat penjenayah seterusnya. Semuanya akan okay”. Semasa bertemu Mustafa, saya selalu menggambarkan Mustafa sebagai seorang lelaki yang mengagumkan, hebat dan tinggi, dan mempunyai hati yang penuh dengan “kacang jeli” dalam dirinya. Dia umpama “gam” dalam keluarga untuk beberapa sebab.
Vicious dan Julia tidak banyak muncul di dalam anime. Bagaimana rasanya mengembangkan kedua-dua watak ini?
Andre: Ia hebat dan penting. Wira hebat sebenarnya dicipta oleh penjahat yang hebat. Saya suka cerita penjahat yang bagus. Amat penting bagi saya untuk menceritakan kisah Vicious. “Kenapa Vicious, mengapa Vicious, bagaimana Vicious, apa yang membuat Vicious?” dan benar-benar mengkaji watak itu.
Apabila saya melihat seorang wira yang hebat dan melihat seorang lagi penjahat yang hebat, saya sering terfikir tentang perspektif penjahat. Bagi Vicious, dia adalah pihak yang patut dikesiankan dan Spike Spiegel adalah penjahat. Saya rasa ia penting untuk memahami perspektif itu.
Satu lagi perkara penting adalah menceritakan kisah Julia dan memberikan watak itu pilihan di mana dia mengawal nasib sendiri dan tidak perlu diselamatkan oleh sesiapa pun. Dia boleh menyelamatkan diri sendiri. Saya suka mengkaji mereka berdua dan semua itu benar-benar datang dari mendalami apa yang ada dan apa yang sudah wujud dalam anime dan mengembangkan intipati dari sana.

Itu sahaja untuk interview kami bersama barisan pelakon utama -John Cho, Daniella Pineda, Mustafa Shakir, dan juga showrunner (ketua produser), André Nemec tentang apa yang berlaku dan inspirasi di sebalik siri live-action Cowboy Bebop! Buat sesiapa yang berminat, jangan lupa untuk Cowboy Bebop yang kini tersedia di Netflix! Anda boleh membaca liputan lain mengenai siri Netflix melalui pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post