Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Top Clans 2021 Winter Invitational bermula hari ini, mengandungi Dota 2, Naraka, & lain-lain!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 17, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Tempatan
0 0
0
Top Clans 2021 Winter Invitational bermula hari ini, mengandungi Dota 2, Naraka, & lain-lain!
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games akan mengembangkan esports dengan lebih jauh, bersama pelancaran Top Clans 2021 Winter Invitational bermula hari ini (17 November) yang menganjurkan pelbagai jenis game kompetitif seperti Dota 2 dan NARAKA: BLADEPOINT.

Pertandingan dalam Top Clans 2021 Winter Invitational memang sangat sengit, kerana pasukan juara dari Top Clans 2021 Summer Invitational juga akan mengambil bahagian. Walaupun begitu, Top Clans akan mengambil pendekatan “grassroots”, dengan mengalukan lebih ramai pemain menyertai pertandingan dan menikmati Esports secara keseluruhan. Ini disebabkan oleh acara meluas di luar Asia Tenggara, dengan pesaing dari wilayah seperti Jepun dan Rusia. Antara game yang akan dimainkan di Top Clans 2021 Winter Invitational ialah Dota 2, Mobile Legends: Bang Bang, Rules of Survival dan NARAKA: BLADEPOINT.

Top Clans telah menghubungi komuniti gaming seperti Mobile Legends: Bang Bang di negara berbeza, untuk mencari mereka yang benar-benar “passionate” tentang game tersebut dan memberi peranan kepada setiap satu untuk membentuk pengalaman esport sendiri. Dengan Dota 2, ini telah melangkah lebih jauh, kerana Top Clans telah bekerjasama dengan penganjur kejohanan terkenal untuk acara, seperti Moon Studio dan Epulze. Game terbaru di Top Clans 2021 Winter Invitational ialah NARAKA: BLADEPOINT kepunyaan NetEase sendiri, di mana pemenang akan bertanding dalam NARAKA Official World Championship pada Januari 2022, sebagai wakil Asia Tenggara.

Top Clans 2021 Winter Invitational akan bermula pada 17 November. Setiap peserta akan bersaing untuk mendapatkan prize pool sebanyak $110,000 (anggaran RM459,393.00), yang dua kali ganda lebih banyak dari prize pool Top Clans 2021 Summer Invitational. Kejohanan ini akan disiarkan dalam bahasa Inggeris, serta beberapa bahasa lain, termasuk Indonesia, Tagalog dan Thai (tiada Bahasa Melayu).

Kejohanan ini boleh ditonton di seluruh dunia di mana peminat dapat mengikuti aksi secara dalam talian semasa kejohanan berlangsung. Anda boleh melihat siaran langsung nanti di laman Youtube mereka.

Untuk segala liputan kami tentang NetEase, sila tekan pautan ini.

Muat turun DEMO disini
NARAKA: BLADEPOINT
Release Date: 2021-06-12
Epic Games Store, PlayStation 4, Steam, Xbox One
NARAKA: BLADEPOINT adalah aksi 60 pemain Battle Royale yang menawarkan pemain mobiliti gila yang digerakkan oleh parkour dan cengkeraman, senjata besar jarak dekat dan senjata jarak jauh, dan watak-watak yang mempunyai kemampuan hebat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EsportsneteaseTop Clans 2021 Winter Invitational
Previous Post

Trailer baru Spider-Man: No Way Home menampilkan Sinister Six, akan keluar di Malaysia pada 16 Dis!

Next Post

Pra-tempah Razer x Genshin Impact bermula, Produk terbaru Razer untuk PS5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pra-tempah Razer x Genshin Impact bermula, Produk terbaru Razer untuk PS5!

Pra-tempah Razer x Genshin Impact bermula, Produk terbaru Razer untuk PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd