Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

1 Jam Pertama Pratonton God of War

Silver Shroud by Silver Shroud
March 19, 2018 - Updated on March 20, 2018
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Temu Ramah Bersama Aaron Kaufman
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang kami nyatakan pada entri lepas, kami berpeluang untuk mencuba bermain game God of War ni di platform PlayStation 4, jadi, kami nak bagi sedikit pandangan kami tentang game ni setelah kami mengalami dan juga menemui tentang game tersebut. Kali ini, game ini sangat la menyerupai senario Old Man Logan. Kalau korang ingat, ianya merupakan siri terbaru Wolverine yang bertajuk Logan. Kita boleh nampak yang Old Man Logan dan juga anak perempuannya berlawan orang jahat sambil menjalinkan ikatan bapa dan juga anak. Walaupon kurang aksi menjalin ikatan, kita tahu yang watak protagonis tersebut mati. Fuhh, nasib dalam game ni takda.

Dalam God of War, kita boleh nampak Kratos muncul dari kegelapan pondok dia. Anaknya, Atreus dipanggil dari bermain dengan figura 2″ ukiran Huldra Brothers. Selepas itu mereka menuju ke hutan belantara dengan satu misi. Sekarang, gameplay kali ini sangat berbeza dengan gameplay God of War yang dulu. Kali ini, korang bermain sebagai Kratos dari pandangan atas bahu selain dari pandangan penuh 3rd person. Korang masih lagi dapat bermain secara hack and slash, tetapi kali ini lagi berstrategi, sebab korang kene combo dengan anak Kratos, Atreus. Atreus akan menggunakan anak panah dari tepi dan memberikan sedikit pertolongan. Berbanding dengan Kratos, Atreus ada dua Combat mode, dimana ada magic combat dan juga expert combat. Magic Combat dimana Atreus akan keluarkan Elemental Arrow dan Expert Combat, Atreus akan menggunakan combo yang korang tetapkan di skill tree .

Ya, betul, sekarang God of War menggunakan skill tree selain dari pelbagai senjata seperti God of War dahulu. Kali ini kita hanya dibekalkan dengan kapak yang diberi nama Leviathan. Kita boleh upgrade kapak tu untuk buka lagi combo dan jugak attack animation yang berbeza. Kita jugak boleh meletakkan Runes dekat kapak kita. Ada 2 slot runes yang kita boleh letak kat kapak kita, tapi untuk panah Atreus, hanya 1 slot. Dalam hal ini, upgrade dan juga runes memainkan peranan yang penting untuk combo korang bersama Atreus dan untuk damage yang korang akan bagi kepada musuh.

Selain dari aspek perlawanan, kawasan, scenery dan juga environmentnya sangat cantik. Dengan ciri yang sangat terperinci, developer jugak membuatkan cut scene untuk menggantikan loading screen yang hitam, gelap dan membosankan. Dan ianya sangat menarik dan mengujakan bila kita bertukar transisi dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Ada sesetengah kawasan yang memerlukan korang untuk memanjat dan selesaikan teka teki untuk meneruskan atau pergi ke kawasan lain. Kadang-kadang korang perlukan Atreus untuk membantu Kratos panjat ke tempat tinggi dengan memberikan tali. Menarik bukan?

Kenapa aku kaitkan Kratos dengan Old Man Logan, sebab, kalau korang ingat dulu, Kratos punya identiti adalah baran setiap masa. Sama jugak dengan Logan. Sekarang ni, Kratos telah menjadi satu figure ayah yang sabar dalam menjaga dan mendidik anaknya, Atreus. Sama seperti Logan dan juga Laura, anak perempuannya. Kratos sekarang mengambil tanggujawab untuk mengajar anaknya dan menjadikan anaknya sebagai legasi dan tidak mengikut jejak langkahnya.

Tema untuk God of War kali ni bermain lebih dengan mengembangkan lagi jalinan hubungan ayah dan juga anak. Semasa kita bersama Kratos dan juga Atreus, kita dapat dengar kata-kata seorang ayah menegur anaknya dalam siri God of War kali ini. Ini merupakan kali pertama kita boleh lihat sisi lembut Kratos. Untuk aspek ini, kami tidak dapat kembangkan lagi, sebab , lagi best kalau korang main dan rasainya sendiri. Aku harap, dengan ini, cukup untuk korang apa yang perlu di expect untuk siri God of War bila dilancarkan pada 20 April 2018 nanti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AtreusDemoGod Of WarKratosSanta Monica Studio
Previous Post

Sehari Di Acara Pra Tonton God of War

Next Post

Temu Ramah Bersama Aaron Kaufman

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Temu Ramah Bersama Aaron Kaufman

Temu Ramah Bersama Aaron Kaufman

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd