Sebuah research firm SuperData ada keluarkan satu report, yang Fortnite: Battle Royale telah mengaut bersih USD$2.4 billion keuntungan; dengan ini mengukuhkan lagi kejayaan game ni.
Dalam list SuperData, Fortnite adalah tertinggi di antara game-game free-to-play dan mengalahkan game macam Nexon’s Dungeon Fighter Online (USD$1.5 billion) dan League of Legends (USD$1.4 billion). SuperData juga turut memperakui yang Fortnite adalah game yang paling banyak buat revenue dalam setahun dalam sejarah.
Ia juga turut memberi pujian kepada Fortnite sebab diorang yang jadi pemangkin untuk revenue game naik kepada 11% kepada USD$109.8 billion untuk semua platform iaitu mobile, PC dan console.
Tempias ni sampai gak kat pemainnya, paling noticeable adalah Tyler “Ninja” Blevins. Orang stream dia ramai weh, menjadikan dia instantly famous dan macam dewa dalam game ni. Dia dikatakan dapat dalam USD$10 juta tahun lepas.
Dijangkakan 2019 akan terus cemerlang untuk Fortnite. Ianya bakal muncul di Australian Open. Tambah lagi Epic Games akan buat Fortnite Worldcup dengan prize pool dia berjumlah USD$100 juta!
@gamersantaimy
Discussion about this post