Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bekalan PS5 dikurangkan kerana kekurangan komponen

Maira by Maira
November 12, 2021
in Artikel, Berita, PS5, Teknologi
0 0
0
Bekalan PS5 dikurangkan kerana kekurangan komponen
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun konsol PS5 sudah terjual dengan banyak tetapi masih ramai yang tidak mampu untuk memiliki konsol generasi terbaru dari Sony itu. Bukan setakat itu sahaja, Sony baru sahaja melaporkan bahawa bekalan konsol tersebut akan dikurangkan kerana kekurangan komponen.

Syarikat gergasi itu sebelum ini menyasarkan lebih daripada 16 juta unit yang dipasang pada Mac, menetapkannya untuk mencapai matlamat jualan untuk tempoh tersebut dan juga mendapat permulaan awal untuk pengeluaran tahun berikutnya. Syarikat itu kini telah mengurangkan jumlah itu pada kira-kira 15 juta unit menyukarkan penjualan PS5 menjelang Mac.

Isu logistik dan kekurangan alat ganti telah menjadi lebih teruk bagi Sony,kata Ketua Pegawai Kewangan Hiroki Totoki dalam panggilan persidangan bulan lalu. Jualan PS5 pada suku terakhir September adalah lebih lemah daripada jangkaan. PS5 menjadi konsol Sony terpantas yang mencapai 10 juta unit terjual pada Julai ini, tetapi ia telah ketinggalan di belakang kadar jualan PS4 sebelum ini.

Pembuat cip Toshiba Corp. yang menyediakan power chip kepada Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. telah memberi amaran bahawa situasi ini akan berpanjangan pada tahun 2022. Masalah kekurangan komponen ini bukanlah masalah kepada Sony sahaja malah konsol lain seperti Nintendo Switch dan Steam Deck juga terkesan. Steam Deck yang sepatutnya dilancarkan Disember ini juga terpaksa menangguhkan tarikh pelepasan mereka ke 2022.

RelatedPosts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

Kekecewaan terhadap bekalan terhad Sony semakin meningkat dalam kalangan pembangun permainan serta peminat konsol. Seorang penerbit permainan Jepun yang terkemuka mendapati pemain yang pernah membeli permainan PS kini membeli versi PC impak daripada kekurangan bekalan konsol PS5.

Rakan Kongsi pembuatan sony menjangkakan PS5 masih mempunyai bekalan yang sedikit menjelang 2022 dan berkata bahawa untuk mencapai sasaran penghasilan unit pada tahun akan datang akan menjadi mencabar.

Memang siapa yang masih dalam senarai menunggu itu, bersabar lah ya. Memang semua ini dugaan. Yang pasti, jangan sesekali kita membeli daripada scalper. Kita tak nak kejadian scam yang berlaku baru-baru ini terjadi lagi. Untuk liputan lain mengenai konsol PS5, sila klik pada pautan ini.

Sumber: Bloomberg

Tags: ps5Sony
Previous Post

Activion meminta maaf mengenai isu helaian Al-Quran di COD: Vanguard!

Next Post

ASUS mengumumkan acara ROG Phone 5s x PUBG: NEW STATE Elite Showmatch

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
ASUS mengumumkan acara ROG Phone 5s x PUBG: NEW STATE Elite Showmatch

ASUS mengumumkan acara ROG Phone 5s x PUBG: NEW STATE Elite Showmatch

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd