Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Remake Prince of Persia: Sands ditangguhkan sekali lagi ke 2022/2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 29, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Remake Prince of Persia: Sands ditangguhkan sekali lagi ke 2022/2023
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft mengumumkan bahawa Prince of Persia: Sands of Time Remake sekali lagi akan ditangguhkan. Game tersebut kini dijangka akan keluar seawal 1 April 2022 hingga 31 Mac 2023.

Pada asalnya diumumkan pada September 2020 dan dijadualkan untuk keluar pada Januari 2021, Prince of Persia: Sands of Time Remake kemudian ditunda ke Mac 2021. Sebelum tarikh keluaran yang dirancang, Ubisoft mengumumkan bahawa lebih banyak masa diperlukan untuk menggilap game ini lalu Prince of Persia: Sands of Time ditunda ke tarikh tidak dinyatakan.

Pasukan pembangunan juga mengeluarkan notis pendek di media sosial selepas pengumuman Prince of Persia: Sands of Time Remake untuk meyakinkan orang ramai bahawa pembangunan masih dijalankan.

An update from the Prince of Persia: Sands of Time Remake development team: pic.twitter.com/z9sFaBwz9N

— Prince of Persia™ (@princeofpersia) October 28, 2021

Versi remake sedang dibangunkan oleh Ubisoft Mumbai dan Ubisoft Pune. Menurut mereka, game ini akan menampilkan model watak baru, grafik yang dipertingkatkan dan lakonan suara yang dirakam semula. Maklum balas untuk treler pengumuman mengatakan bahawa grafik nampak agak “ketinggalan zaman” tetapi pemaju menjawab bahawa ini adalah pilihan yang sengaja dibuat untuk membuatkan permainan lebih menonjol.

Stephen Totilo dari Axios Gaming menawarkan beberapa maklumat tambahan tentang tarikh pelepasan tentatif:

Not sure if any of these are new dates, but Prince of Persia Remake, Division Heartland and Rocksmith + are slated for 2022-2023 release (so, April 1 2022 or later)

— Stephen Totilo (@stephentotilo) October 28, 2021

Bagi mereka yang tidak tahu, Prince of Persia: The Sands of Time original terkenal kerana sistem pertempuran dan teka-tekinya yang unik (pada zaman itu). Malah, ia juga merupakan game Prince of Persia pertama untuk menambah parkour dan mekanik “in-game time manipulation”.

Game ini berfungsi sebagai permulaan cerita baru dalam francais dan menampilkan watau utama dengan latar belakang yang lebih rumit. Disebabkan ciri-ciri ikonik ini, ia dianggap di seluruh dunia sebagai salah satu permainan video terbaik kerana berjaya membawa nafas baru kepada genre action-adventure.

Prince of Persia: Sands of Time Remake akan dikeluarkan untuk PC, PlayStation 4 dan Xbox One. Versi original asalnya keluar pada tahun 2003 di Game Boy Advance, Game Cube, PlayStation 2, Xbox dan PC.

Tags: Prince of PersiaPrince of Persia: Sands of Time Remakeubisoft
Previous Post

Sertai acara komuniti Seize the Throne untuk memenangi PS5 dan banyak lagi hadiah eksklusif!

Next Post

KonoSuba: Fantastic Days berkolaborasi dengan Re:ZERO untuk acara akan datang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
KonoSuba: Fantastic Days berkolaborasi dengan Re:ZERO untuk acara akan datang!

KonoSuba: Fantastic Days berkolaborasi dengan Re:ZERO untuk acara akan datang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd