Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ultraman Ribut – Jom kenali Ultraman pertama dari Malaysia!

Maira by Maira
October 26, 2021
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Panduan, Tokusatsu
0 0
0
Ultraman Ribut – Jom kenali Ultraman pertama dari Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sangka Malaysia memiliki Ultraman tersendiri malah ia juga disambut baik oleh ramai peminat Ultraman di seluruh dunia. Ultraman yang pada mulanya muncul dalam siri animasi Upin dan Ipin itu juga kini muncul dalam banyak siri Ultraman yang lain. Siapa sebenarnya Ultraman Ribut? Jom kita tengok dan kenali Ultraman pertama dari Malaysia ini!

Tentang Ultraman Ribut

Ultraman Ribut ialah Ultra Warrior dari the Land of Light. Dia telah diciptakan oleh Les’ Copaque Productions iaitu pencipta siri animasi terkenal Malaysia, Upin dan Ipin, dengan kerjasama Tsuburaya Productions. Ultraman Ribut pertama kali muncul dalam animasi itu dalam episod 25 pada musim ke-lapan Upin dan Ipin dan dalam penampilan pertamanya secara kanon dalam siri Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes. Sejak itu, dia muncul semula dalam Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy sebagai watak utama siri itu. Namanya telah diambil dari bahasa Melayu iaitu Ribut yang bermaksud angin kencang.

Reka bentuk Ultraman Ribut hampir sama dengan Ultra yang lain tetapi kebanyakkannya diilhamkan dari Ultraman era Showa. Dalam siri animasi, reka bentuknya lebih kelihatan siber dan mempunyai reka bentuk jaringan gear. Dia juga Ultraman pertama yang mempunyai corak silang pada beberapa bahagian merahnya. Tetapi, reka bentuk untuk siri live actionnya tidak mempunyai perincian tersebut. Walaupun diinspirasikan dari Ultra era Showa, Ribut mempunyai kristal biru pada lengan bawah dan kakinya hampir sama dengan Ultraman Ginga.

Ketinggian untuk Ultraman Ribut ialah 40 m dan berusia 5700 tahun. Dia juga memiliki beberapa ciri lain seperti berikut:

  • Signal Timer: Ia merupakan Color Timer tetapi diberi nama yang berbeza.
  • Ultra Armor: Semasa pertempuran dengan Alien Kilat, badan Ribut boleh menahan suhu yang tinggi dan tahan api dan juga laser, kerana tiada kerosakan dilihat selepas terkena pancaran api makhluk asing itu.
  • G Crystal: Kristal biru pada tangan dan kakinya yang mengawal tenaga Galaxium pada badannya. Tenaga itu digunakan dalam serangannya.
  • Arm Cover: Pelindung yang dipakai pada tangan kirinya yang akan bertukar menjadi Ribut Blocker apabila diperlukan.

Senjata dan Teknik Serangan

Sebagai Ultra Warrior, sudah semestinya Ribut juga mempunyai senjata dan teknik serangannya yang tersendiri. Jom kita lihat senjata apa yang Ribut ada.

  • Ribut Blocker: Senjata di tangan kirinya yang digunakan sebagai perisai. Menggunakan senjata ini, Ribut boleh menggunakan Blocker Effect dan Shield, perisai bulat yang akan mengembang untuk melindungi dirinya
  • Spreader Rod: Batang tenaga yang Ribut gunakan semasa pertempuran. Spreader Rod membolehkan Ribut menggunakan Energy Beam yang menembak pancaran tenaga darinya.

Untuk Teknik serangannya pula, Ribut mempunyai serangan fizikal dan serangan khas yang membantunya semasa pertempuran. Serangan fizikal Ribut agak menarik kerana dia ada menggunakan Silat iaitu seni pertahanan diri tradisional Malaysia. Untuk serangan khasnya pula rata-rata menggunakan tenaga daripada G Crystal. Berikut serangan khas yang dapat Ribut lakukan:

  • Galaxium Blaster: Selepas mengecas tenaga Galaxium dengan memusingkan tangannya, Ribut menembak tenaga itu sebagai Pancaran Ultra. Ia boleh memusnahkan raksasa dalam satu serangan.
  • Remote Cutter: Seperti Ultraman asal, Ribut boleh menembak cincin tenaga untuk memotong lawannya. Iaboleh berpecah kepada beberapa bilah yang lebih kecil.
  • Galaxy Ribut: Satu teknik yang digunakan dalam pementasannya. Dia mengumpulkan semua tenaganya dan melepaskan semuanya sekaligus untuk menghilangkan langit yang gelap supaya cahaya matahari dapat sampai ke Bumi sekali lagi.
  • Strong Net: Ribut boleh menembak sinar yang boleh memerangkap raksasa dalam sfera.
  • Light Flash: Kristal Galaxium Ribut akan mengecas tenaga dan membebaskan cahaya yang menolak kegelapan.
  • Travel Sphere: Ribut boleh bergerak dalam bola cahaya.
  • Saving Wall: Ribut menyeru dinding empat segi untuk menyekat serangan dari musuh.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan dengan anda semua mengenai Ultraman Ribut. Baru-baru ini juga, watak manusia untuk Ribut juga telah didedahkan dan sememangnya boleh nampak ciri-ciri asia pada watak itu. Jika anda sukakan perkongsian ini, anda boleh lihat liputan lain mengenai Ultraman melalui pautan ini.

Sumber: Tsuburaya, Ultra Fandom

Tags: MalaysiaUltra WarriorUltramanUltraman Ribut
Previous Post

Kekurangan GPU & CPU mungkin akan berlarutan hingga 2023 menurut CEO Intel

Next Post

[Review] Predator Helios 300 2021 – Laptop mantap dengan RTX 3070!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Octopath Traveler I & II Akan Menuju Ke Nintendo Switch 2 Pada Oktober 2026
Nintendo Switch 2

Octopath Traveler I & II Akan Menuju Ke Nintendo Switch 2 Pada Oktober 2026

July 14, 2026
Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Cara Dapatkan Senjata Terkuat Dalam Game
Panduan

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Cara Dapatkan Senjata Terkuat Dalam Game

July 13, 2026
Tiada Dalam Novel Atau Manhwa, Solo Leveling: KARMA Akan Jelaskan Arc “27-Year War” Di Bawah Seliaan Chugong
Berita

Tiada Dalam Novel Atau Manhwa, Solo Leveling: KARMA Akan Jelaskan Arc “27-Year War” Di Bawah Seliaan Chugong

July 13, 2026
Next Post
[Review] Predator Helios 300 2021 – Laptop mantap dengan RTX 3070!

[Review] Predator Helios 300 2021 - Laptop mantap dengan RTX 3070!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd