CD Projekt Red (CDPR) telah mendedahkan bahawa Cyberpunk 2077 dan Witcher 3 akan mendapat peningkatan generasi terbaru yang akan dilancarkan pada tahun 2022.
Tahun 2021 bukanlah tahun terbaik buat CD Projekt Red apabila mereka melancarkan permainan Cyberpunk 2077 selepas tujuh tahun permainan itu diumumkan. Permainan itu penuh dengan bug semasa pelancaran dan mengecewakan ramai pemain yang setia menunggu untuk bermainnya. CDPR juga telah mengakui bahawa mereka tidak mengerjakan permainan itu dengan baik untuk versi PS4 dan Xbox One.
Masalahnya kini, ramai permain konsol Cyberpunk yang masih menunggu versi permainan generasi terbaru. CDPR yang sebelum ini mendedahkan bahawa versi PS5 dan Xbox Series X | S akan hadir pada akhir tahun 2021 tetapi telah melewatkannya sehingga suku pertama tahun 2022. Tidak cukup dengan itu, CDPR juga mengumumkan bahawa Witcher 3 juga menerima nasib yang sama dengan penangguhan pelepasannya di platform PS5 dan Xbox Series X | S dan peminat perlu menunggunya sehinggalah suku kedua tahun 2022.
Pada awal minggu ini, peminat Witcher telah menaruh harapan bahawa CDPR akan mengeluarkan versi baharu permainan pada akhir tahun ini apabila ia mendapat penilaian PEGI. Malangnya kita tidak akan dapat bermainnya pada akhir tahun ini dan perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan untuk melihat Geralt dalam semua kegemilangannya dalam konsol generasi berikutnya.
Walaupun berita mengenai penangguhan ini mengecewakan, ia adalah keadaan di mana pemain Cyberpunk, khususnya, perlu mengingatkan diri mereka sendiri tentang apa yang berlaku apabila CDPR mengeluarkan permainan itu. Sekiranya studio itu melancarkan peningkatan generasi seterusnya untuk permainan itu sebelum ia siap sepenuhnya, ia mungkin mengganggu kerja-kerja pembaikan 10 bulan yang lalu. Sudah tentu anda juga tidak mahukan kehebatan The Witcher 3 tercemar jika versi generasi seterusnya kurang sempurna.
Sumber: Thegamer
@gamersantaimy
Discussion about this post