Buat peminat anime yang menunggu update terkini Dragon Ball Z Kakarot, akhirnya Bandai Namco telah menambahkan sejumlah kandungan baru dalam permainan yang kini tersedia secara percuma! Secara ringkas, update terbaru Dragon Ball Z Kakarot menambah dua watak baru iaitu Gotenks dan Vegito, dan lebih banyak tahap kesukaran bagi pemain yang inginkan cabaran.
Khas untuk versi PS4 dan Xbox One, kemas kini 1.81 khususnya menambah sub-story yang sebelum ini hanya tersedia untuk versi Nintendo Switch sahaja. Berjudul “Elder Kai, Vegeta, Bulma, dan A Little Healthy Competition“, sub-story ini dapat dimainkan setelah menyelesaikan jalan cerita utama, dan sepatutnya akan membuka Vegito dan Gotenks, dua watak fusion paling terkenal dalam sejarah Dragon Ball.

Seiring dengan itu, para pemaju juga menjelaskan bahawa tahap kesukaran telah diubah suai untuk watak-watak tertentu, bersama dengan perubahan pada tutorial bagi membantu pemain baru menyesuaikan diri dengan mudah.
Game ini keluar sejak Januari 2020, tetapi saya agak gembira melihat Bandai Namco masih mengekalkan update baru walaupun kita hampi menuju ke tahun 2022. Versi Nintendo Switch baru sahaja keluar pada 24 September 2021 lalu dan menerima sambutan positif oleh komuniti. Saya juga telah membuat ulasan untuk DBZ Kakarot dan berikut adalah antara pendapat saya:
“Dragon Ball Z: Kakarot adalah pengalaman yang cantik dan mempunyai visual yang menawan serta aksi pertempuran dan jalan cerita yang hebat, tetapi elemen-elemen lain terasa agak hambar. Itu tidak bermaksud game ini teruk atau membosankan, cuma ia boleh memberi impak yang lebih kuat.
Sebagai seorang peminat anime, saya mengesyorkan bahawa Dragon Ball Z: Kakarot adalah permainan video yang seronok dan memberi nafas baru kepada francais Dragon Ball. Bagi mereka yang ingin mengalami dunia Dragon Ball paling tulen, ini adalah game paling sesuai untuk anda.”

Dragon Ball Z Kakarot kini tersedia untuk PS4/PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, Xbox One, dan Nintendo Switch. Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post